UPM Institutional Repository

Kompleks Baru Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM Dirasmikan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Kompleks Baru Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM Dirasmikan. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 5 Oktober – Kompleks Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) bernilai RM202 juta yang siap dibina pada Mac tahun 2006 dan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) UPM yang memulakan perkhidmatannya pada 1 April lalu dirasmikan pada 5 Oktober lalu oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di sini. Fakulti telah beroperasi menggunakan kompleks itu merangkumi dua kawasan iaitu fakulti dan asrama pelajar Kolej 17 yang terdiri daripada blok pentadbiran pejabat, bilik pensyarah, blok perpustakaan, dewan kuliah, bilik tutorial, dewan peperiksaan, blok makmal dan kemudahan sokongan pelajar. Kawasan Kolej 17 terdiri dari 4 blok yang mampu memuatkan seramai 1,800 pelajar, surau, kiosk pelajar, kafeteria, sebuah rumah pengetua dan 4 unit rumah felo. FPSK yang diketuai oleh Dekan Prof. Dr. Norlijah Othman mempunyai jumlah staf seramai 606 orang terdiri daripada 22 Profesor, 52 Profesor Madya, 125 Pensyarah Kanan, 28 Pensyarah, 40 Pensyarah Perubatan Pelatih, 59 Tutor, 25 Pengurusan dan Profesional dan 255 sokongan. Bagi program prasiswazah, FPSK menawarkan 6 bidang pengajian manakala bagi program siswazah, sebanyak 16 bidang dalam Master Sains dan PhD serta 1 bidang Master Perubatan Patologi. Jumlah keseluruhan pelajar di FPSK iaitu prasiswazah 1,331 orang manakala siswazah sebanyak 457 orang. Sementara itu dalam majlis yang sama, sebuah lagi pusat penyelidikan dan kecemerlangan UPM dilancar iaitu Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) yang diketuai oleh Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Abdul Jalil Nordin. Setelah 7 tahun pentadbirannya diletakkan di bawah FPSK iaitu sejak tahun 2003, PPDN telah dianugerahkan taraf sebagai Pusat Tanggungjawab atau PTJ sejak 1 Oktober lalu. Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jika pusat itu benar-benar fokus dan dapat memenuhi Indeks Prestasi Utama (KPI) serta Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang telah ditentukan, tidak mustahil ia boleh diangkat sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau HiCOE. Beliau berkata pusat itu menggunakan teknologi terkini iaitu Positron Emission Tomography Computed Tomography atau P.E.T. C.T. dalam merawat pesakit.


Download File

[img]
Preview
PDF
Kompleks_Baru_Fakulti_Perubatan_dan_Sains_Kesihatan.pdf

Download (127kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 13 Oct 2010 01:13
Last Modified: 27 May 2013 07:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8081
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item