UPM Institutional Repository

Pengaruh Sosioekonomi Pekebun Kecil Getah Terhadap Penorehan Di Negeri Selangor


Citation

Ali, Ab Wahid (1998) Pengaruh Sosioekonomi Pekebun Kecil Getah Terhadap Penorehan Di Negeri Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Negeri Selangor telah mencatitkan kadar kebun getah tidak bertoreh yang tertinggi di Malaysia iaitu 49.1%. Keadaan ini telah menyebabkan sektor pekebun kecil kerugian kira-kira RM4 juta setahun. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang serta sikap dan tanggapan mereka, mengenalpasti dan menerangkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi keputusan terhadap penorehan dan menyarankan tindakan yang boleh diambil oleh pihak yang bertanggungjawab bagi mengatasi masalah tersebut. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan data primer dimana satu kajiselidik telah dijalankan terhadap 210 orang pekebun kecil di negeri Selangor. Analisis pula telah dijalankan dengan menggunakan model probit. Selanjutnya simulasi terhadap pembolehubah diskret yang bererti dijalankan untuk mendapatkan kebarangkalian kebun getah milik sesuatu kumpulan pekebun kecil bertoreh. Keputusan analisis mendapati 8 faktor-faktor yang mempunyai hubungan bererti terhadap keputusan penorehan di kebun. Faktor-faktor tersebut adalah tanggapan berkebun getah sebagai pekerjaan utama, subsidi input pertanian, kegunaan lot kebun dimasa hadapan, persetujuan mengupah orang lain menoreh, luas kawasan getah diusahakan, bilangan pemilik kebun, jarak kebun dari rumah dan pendapatan selain dari getah. Dari simulasi pembolehubah diskret pula didapati pekebun kecil yang mempunyai ciri-ciri pekerjaan utama berkebun getah, kebun disimpan untuk kegunaan lain, menyertai penorehan berkelumpuk dan mendapat subsidi input pertanian hampir pasti kebun getahnya bertoreh. Sementara pekebun kecil yang mempunyai ciri-ciri pekerjaan utama bukan berkebun getah, kebun akan dikekalkan bertanam getah, tidak menyertai penorehan berkelompok dan tidak mendapat subsidi input pertanian pula hampir pasti kebun getahnya tidak bertoreh. Bagi mengatasi masalah penorehan di kebun kecil getah, pihak yang bertanggungjawab terhadap kemajuan pekebun kecil getah seperti RISDA disarankan supaya menggalakkan pekebun kecil menyertai kegiatan penorehan berkelumpuk dengan menjadikan pekebun kecil yang pekerjaan utamanya bukan berkebun getah, tinggal berdekatan dengan kebun mereka dan pekebun kecil yang mengusahakan kebun getah dalam kadar yang luas sebagai kumpulan sasaran utama.


Download File

[img] PDF
FEP_1998_3_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Farmers - Rubber estate - Selangor
Subject: Sosioeconomy
Call Number: FEP 1998 3
Chairman Supervisor: Professor Mohd Ghazali Bin Mohayidin, PhD
Divisions: Faculty of Economics and Management
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 13 Oct 2010 09:33
Last Modified: 13 Oct 2010 09:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8060
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item