Citation
Ginturun, Jessel
(1998)
Perubahan Dalam Permintaan Akhir dan Perubahan Struktur Ekonomi Malaysia : 1978 - 1987.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Objektif utama kajian ini ialah menilai kesan perubahan dalam struktur
pengeluaran industri (kesan struktur) dan perubahan dalam peringkat dan kandungan
permintaan akhir (kesan permintaan) ke atas keperluan input perantaraan, buruh dan
modal bagi setiap industri dan industri secara keseluruhan dalam ekonomi Malaysia
dari tahun 1978-1987 dengan menggunakan rangka kerja analisis input-output.
Angkubah tersebut akan di analisis secara serentak atau berasingan dalam satu
tempoh jangka masa yang sarna.
Biasanya, variasi perubahan dalam struktur dan perubahan dalam peringkat
dan kandungan permintaan akhir berkait rapat dengan polisi yang diperkenalkan dan ditekankan. Walau bagaimanapun, rangka kelja methodologi ini tidak dapat
menjelaskan pertalian secara langsung antara polisi
dan kesannya Analisis ini hanya
mampu menjelaskan perhubungan di antara strategi pembangunan ekonomi dan
kesannya terhadap perubaban dalampertumbuhan dan struktur ekonomi.
Perindustrian memainkan peranan yang penting di Malaysia. Setiap industri
mempunyai pertalian dengan industri yang lain bagi memperolebi input untuk
mengeluarkan barangan dan perkhidmatan akhir. Bagaimanapun, proses tranfomasi
input kepada output bukan merupakan proses yang mudah, ianya melibatkan
kekangan input pengeluaran. Misalnya, dari segi bahagian penawaran output
bergantung kepada perolehan input dan teknologi yang digunakan manakala dari segi
bahagian permintaan pula bergantung kepada halangan dan keadaan pasaran yang
mempengaruhi serapan terhadap barangan. Dalam konteks Malaysia, dari segi
penawaran pertumbuhan output berkait rapat dengan kebolehubahan input
perantaraan, buruh, modal dan lain-lain pembolehubah yang berkaitan selain daripada
tiga input di atas.
Daripada kajian yang telah dijalankan, jika struktur input-output yang
berlainan digunakan untuk mengeluarkan permintaan akhir yang sama, perubahan
dalam struktur pengeluaran atau teknologi tidak: mempunyai kesan yang signifikan
terbadap keperluan input perantaraan dalam ekonomi. Dengan kata lain, teknologi
secara umumnya mempunyai hubungan yang 'neutral' dengan penggunaan input
perantaraan. Jika diandaikan ekonomi mernpunyai struktur pengeJuaran yang tetap perubahan dalam peringkat dan kandungan permintaan akhir mempunyai kesan yang
kuat terhadap peningkatan dalam output atau input perantaraan.
Daripada perbincangan ini juga, perubahan dalam teknologi sepanjang
tempoh kajian kurang menggunakan input buruh tetapi lebih cenderung kepada
pengunaan lebih banyak modal bagi setiap peringkat permintaan akhir. Perubahan
dalam teknologi mempunyai kadar perhubungan yang negatif dengan keperluan
buruh dan kadar perbubungan yang positif dengan keperluan input modal. Perubahan
dalam pennintaan akhir menyebabkan pertumbuhan yang tinggi dalam penggunaan
input buruh dan lebih kuat lagi terbadap input penggunaan modal. Ini
memperlihatkan bahawa kesan permintaan lebih kuat daripada kesan struktur.
Kesimpulan daripada kajian ini, perubahan dalam teknologi mempunyai
hubungan yang 'neutral' terhadap penggunaan input perantaraan, lemah terhadap
input buruh dan kuat terhadap input modal. Dengan kata lain perubaban peringkat
dan kandungan dalam permintaan mempunyai kesan yang lebih signifikan terhadap
keperluan faktor pengeluaran dalam ekonomi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |