UPM Institutional Repository

Kefahaman guru dalam pelaksanaan pengajaran sains rumah tangga (PKK) di sekolah menengah harian di Negeri Selangor, Malaysia


Citation

Zakaria, Anis and Md Piah, Norhasliza (2019) Kefahaman guru dalam pelaksanaan pengajaran sains rumah tangga (PKK) di sekolah menengah harian di Negeri Selangor, Malaysia. FamilyEdu: Jurnal Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, 5 (2). pp. 87-95. ISSN 1979-6714; ESSN: 2503-4820

Abstract

Sains Rumah Tangga adalah mata pelajaran elektif ikhtisas (MPEI) dengan kurikulum baharu yang diubah daripada Ekonomi Rumah Tangga sebagai saluran untuk melahirkan pelajar berdaya saing yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam peringkat global. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman guru dalam pelaksanaan pengajaran Sains Rumah Tangga di sekolah menengah harian di Selangor. Populasi kajian adalah terdiri daripada semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains Rumah Tangga di Selangor. Sampel kajian adalah seramai 59 orang guru yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan berstrata. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik dan data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 22.0. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai tahap kefahaman yang tinggi dalam pelaksanaan pengajaran Sains Rumah Tangga. Pemberian kursus dan modul berkaitan kurikulum baru dapat meningkatkan kefahaman guru dengan membekalkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan setiap topik dalam sukatan pelajaran.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Kefahaman guru dalam pelaksanaan pengajaran sains rumah tangga (PKK) di sekolah menengah harian di Negeri Selangor, Malaysia.pdf

Download (8kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Prodi Pendidikan Kesejahteraan Keluarga
Keywords: Professional elective; Teacher
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 21 Oct 2020 20:57
Last Modified: 21 Oct 2020 20:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80357
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item