UPM Institutional Repository

Kassim Ahmad dan pemikiran anti hadis


Citation

Abdullah, Amini Amir and Mohd Ali, Izwan and Mohd Fakhruddin, Fathiyah (2019) Kassim Ahmad dan pemikiran anti hadis. Jurnal AL-ANWAR, 7 (1). pp. 1-19. ISSN 0128-0279

Abstract

Sudah ramai yang mengkaji mengenai Kassim Ahmad, akan tetapi setakat yang diketahui tiada yang mengkaji pemikirannya menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Kami telah mencuba mengkaji pemikiran Kassim Ahmad dan pemikiran anti hadisnya melalui kaedah penyelidikan kualitatif. Alhamdulillah kajian ini dapat diselesaikan sebelum kematiannya. Kassim Ahmad telah dikenal pasti sebagai individu yang mempertikaikan hadis. Pertuduhan anti hadis terhadap beliau telah dibuat sejak tahun 1986 oleh Jabatan Mufti di negeri-negeri melalui beberapa fatwa yang telah diwartakan oleh negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Pahang. Berasaskan kepada penulisan dan ucapan beliau, adalah satu perkara yang penting untuk diteroka tentang pemikiran beliau mengenai Islam terutamanya pandangan beliau terhadap hadis. Berdasarkan hakikat tersebut, kajian tentang pemikiran Kassim Ahmad sebagai individu yang menolak hadis perlu dijalankan bagi meneroka asas pandangan beliau, kaedah yang digunakan bagi menafsir alQuran, hujah yang digunakan bagi menolak hadis dan pandangan beliau berhubung dengan perkara-perkara ghaibiyyat. Kami adalah satu-satunya pengkaji yang berjaya menebual beliau sebelum beliau meninggal dunia.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Kassim Ahmad dan pemikiran anti hadis.pdf

Download (9kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT)
Keywords: Kassim Ahmad; Anti-hadith; Qualitative research; Malaysia; Anti-hadith thoughts
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 21 Oct 2020 20:27
Last Modified: 21 Oct 2020 20:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80354
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item