UPM Institutional Repository

Isu dan cabaran saudara baharu di Malaysia: satu tinjauan awal


Citation

Che Abah, Noreha and Suhid, Asmawati and Mohd Fakhruddin, Fathiyah (2019) Isu dan cabaran saudara baharu di Malaysia: satu tinjauan awal. Jurnal AL-ANWAR, 8 (2). pp. 1-13. ISSN 0128-0279

Abstract

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk memberi rahmat kepada seluruh manusia dan makhluk. Justeru, ini memperlihatkan semakin hari semakin ramai orang bukan Islam tertarik dengan agama Islam. Pertambahan mualaf (saudara baru) ini memberi satu petunjuk bahawa pihak yang terlibat menguruskan hal ehwal saudara baharu perlu berusaha keras bagi mengekalkan kejayaan tersebut supaya lebih sistematik lagi dimasa akan datang. Masa kini, terdapat pelbagai pertubuhan diwujudkan bagi menguruskan hal ehwal saudara baharu dengan menyediakan pelbagai bentuk program, pendidikan atau bimbingan kepada saudara baharu dalam memimpin dan mendedahkan kepada mereka tentang keindahan dan kebenaran Islam. Oleh itu, badan- badan yang bertanggungjawab sama ada badan kerajaan atau pun badan NGO perlu memberi lebih perhatian kepada mereka agar terus konsisten dan beristiqamah terhadap Islam. Ini kerana untuk membimbing saudara baharu supaya mereka teguh dengan agama Islam bukannya perkara yang mudah kerana pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka bagi menuju kebenaran Islam termasukkan cabaran dari segi pengurusan, kewangan, ekonomi, psikologi dan pertembungan budaya. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh saudara baharu dalam kehidupan mereka.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Isu dan cabaran saudara baharu di Malaysia satu tinjauan awal.pdf

Download (9kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT)
Keywords: Challenges; New brother; Muallaf; Guidance
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 21 Oct 2020 20:08
Last Modified: 21 Oct 2020 20:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80346
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item