UPM Institutional Repository

Satu Kajian Perbandingan Ekonomi di Antara Pekebun Kecil Tanam Semula Berkelompok dengan Pekebun Kecil Persendirian


Citation

Md. Sail, Rahman (1989) Satu Kajian Perbandingan Ekonomi di Antara Pekebun Kecil Tanam Semula Berkelompok dengan Pekebun Kecil Persendirian. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Pandangan umum mengatakan bahawa mengusahakan tanaman getah secara berkelompok boleh memperbaiki ekonomi serta sosial di kalangan para pekebun kecil di negara ini. Walau bagaimanapun' belum ada kajian dilakUkan untuk menyokong pendapat ini. Oleh sebab itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk membuat perbandingan ekonomi di antara pekebun kecil getah yang menyertai projek Tanam Semula Berkelompok dengan pekebun kecil yang mengusahakan tanaman mereka secara persendirian. Dengan mengutamakan analisis faktor, kajian ini telah menunjukkan bahawa pekebun keeil getah yang menyertai projek Tanam Semula Berkelompok mempunyai paras pengurusan yang lebih baik berbanding dengan paras pengurusan pekebun kecil persendirian. Paras pengurusan yang lebih baik ini berpunea daripada program serta aktiviti yang telah dilaksanakan oleh ejen-ejen pengernbangan RISDA terhadap pekebun kecil berkelompok. Jika dilihat dari segi kecekapan teknikal secara relatif , didapati pekebun yang rnenyertai projek Tanam Semula Berkelompok mernpunyai kecekapan teknikal relatif yang lebih berbanding dengan pekerun kecil persendirian. Oleh sebab itu, dengan menggunakan input yang sama, pekebun kecil berkelompok telah rnemperolehi hasil pengeluaran lebih tinggi berbanding dengan pekebun kecil persendirian. Pada keseluruhannya pekebun persendirian telah dapat rnenggunakan sumber baja dengan cekap tetapi sumber buruh tidak digunakan dengan cekap. Walau bagaimanapun kecekapan penggunaan sumber bagi pekebun kecil berkelompok tidak dapat dikira kerana variasi input yang digunakan di kalangan pekebun kecil berkelompok adalah terlalu kecil kerana mereka menerima khidmat nasihat yang sama diberikan oleh RISDA. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa pekebun kecil berkelompok telah menerima harga getah yang lebih tinggi daripada pekebun kecil persendirian. Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai paras pengurusan yang lebih baik daripada pekebun kecil persendirian. Dengan pengurusan yang baik mereka telah dapat menghasilkan mutu getah keping yang baik dan seterusnya memperolehi harga yang berpatutan.


Download File

[img] Text
FEP_1989_1_.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Farms, small - Malaysia
Subject: Agriculture - Economic aspects - Malaysia
Call Number: FEP 1989 1
Chairman Supervisor: Roslan A . Ghaffar, PhD
Divisions: Faculty of Economics and Management
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 08 Oct 2010 02:39
Last Modified: 05 Dec 2023 01:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8019
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item