UPM Institutional Repository

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UPM Meriah


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UPM Meriah. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 29 Sept – Majlis sambutan hari raya Aidilfitri Universiti Putra Malaysia (UPM) berlangsung dengan suasana meriah yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 orang warga UPM terdiri daripada staf dan pelajar. Majlis yang untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan staf turut dihadiri oleh Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah bersama pihak pengurusan universiti. Sambutan hari raya UPM pada kali ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan UPM yang diketuai oleh Pejabat Pemasaran dan Komunikasi. Pada majlis itu, Persatuan Wanita UPM (PERMATA) menghulurkan sumbangan kepada 46 ibu tunggal serta 42 anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) berupa wang tunai disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris. Kesemua penerima terdiri daripada staf UPM berpendapatan rendah selain sumbangan turut diberikan kepada dua staf UPM yang mempunyai anak OKU dan penghidap kanser otak. Sambutan majlis diserikan dengan persembahan lagu oleh penyanyi Bienda, Sheeda dan pengacara Pian.


Download File

[img]
Preview
PDF
majlis_sambutan_hari_raya_aidilfitri_UPM_Meriah.pdf

Download (148kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 07 Oct 2010 09:58
Last Modified: 27 May 2013 07:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8018
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item