Citation
Zainul Abidin, Abd. Hamid
(1988)
Kajian Ekonomi Pengeluaran Bot Pukat Tunda Perairan Luar Pantai, Kawasan Pantal Timor Semenanjung Malaysia.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Objektif umum kajian ini ialah untuk membuat analisis
ekonomi terhadap pengeluaran bot pukat tunda perairan luar
pantai yang beroperasi di kawasan Pantai Timur Semenanjung
Malaysia . Secara spesifiknya kajian ini akan menyediakan
maklumat-maklumat asas tentang ciri-ciri operasi, mengenalpasti, menganggar dan menilai pembolehubah-pembolehubah utama
yang mempengaruhi jumlah pengeluaran dan jumlah hasil,
menganggar nilai dan keluaran fizikal input perikanan, skel
pengeluaran, saiz bot optima dan akhir sekali menganalisis dari
segi keekonomian pengeluaran bot pukat tunda perairan luar
pantai. Andaian kajian ini ialah bahawa setiap pengusaha bot
pukat tunda bertujuan untuk memaksimakan keuntungannya.Bagi tujuan penganggaran, model fungsi pengeluaran Cobb Douglas digunakan. Manakala teknik 'Ordinary least squares'
(OLS) pula digunakan bagi menguji keputusan empirikal yang
diperolehi. Data primer dengan menemuduga juragan, awak-awak
dan pemilik bot digunakan bagi tujuan analisis. Keputusan
anggaran menunjukkan pembolehubah, wakil bagi modal (saiz botdan penggunaan diesel), angkubah wakil bagi buruh (bilangan hari
ke laut) dan angkubah wakil bagi keupayaan pengurusan (umur
juragan) adalah berkolerasi secara positif dengan jumlah
tangkapan dan jumlah hasil. Keluaran marginal (nilai dan
fizikal) bagi output perikanan menurun dengan pertambahan
seunit input atau daya tangkapan. Saiz optima bot pukat tunda
dalam jangka pendek yang dapat memaksimakan keuntungan bersih
atau sewa ekonomi ialah bot tunda bersaiz 90 GRT. Pada saiz
tersebut, nilai keuntungan bersih yang dipe rolehi ialah $3,496
sebulan; iaitu setelah mengambilkira pulangan ke atas faktor
buruh, modal dan pengurusan.
Analisis viabiliti ke atas bot saiz optima bagi menunjukkan
bot tunda 90 GRT masih lagi menguntungkan dalam jangka
panjang. Keputusan analisis viabiliti menunjukkan bot tunda 90 GRT telah menghasilkan nilai kini bersih $103,304. Indek
nilai kini ialah 1.42, jangka masa pulang modal ialah 5-6
tahun dan kadar pulangan dalam sebanyak 27.22
temp oh jangkahayat selama lO tahun, Walau peratus dalam
bagaimanapun keputusan dari saiz optima tersebut bukan satu yang konklusif tetapi ianya lebih merupakan indikator umum berdasarkan datadata
jangka masa pendek yang dikumpul dan dianalisis.
Dari analisis keekonomian, bot tunda bersaiz sederhana (70
GRT - 89 GRT) dan bot tunda bersaiz besar (90 GRT - 1 10 GRT)
telah menghasilkan beberapa keputusan penting. Pertama, purata
kos pelaburan awel bagi bot tunda bersaiz sederhana dan besar
ialah $ 167,000 dan $237,000 sebuah yang mana kos tersebut adalab
agak tinggi bagi kebanyakan nelayan tempatan. Kedua ,
purata pendapatan bersih tahunan kepada pemilik bot ialah
$20,954 bagi bot tunda saiz sederhana dan $15,510 bagi bot
tunda saiz besar. Keputusan ini adalah dijangkakan kerana
walaupun bot tunda mempunyai saiz yang berbeza tetapi dari segi
kawasan tangkapan adalah sama (48km-96km). Tetapi oleh
kerana kadar faedah pinjaman yang tinggi, maka sebahagian besar
dari untung kasar yang diperolehi terpaksa digunakan untuk
membayar balik pinjaman. Ketiga, anggaran pendapatan tunai
sebulan bagi awak-awak dan juragan bot tunda saiz sederhana
ialah $749 dan $1,497. Manakala pendapatan tunai bot tunda
bersaiz besar pula masing-ma sing $811 dan $1,624 sebulan.
Tetapi setelab mengambilkira pendapatan dalam bentuk bukan
tunai (imputed value) seperti upah dan bonus, ikan lauk, dan makanan semasa di laut, maka jumlab sebenar pendapatan awakawak
dan juragan adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, purata pendapatan sebenar sebulan bagi awak-awak dan juragan bot tunda
saiz sederhana ialah $948 dan $1,751. Manakala pendapatan
sebenar sebulan bagi bot tunda bersaiz besar ialah $1,025 dan
$1,915 sebulan. Keempat, analisis produktiviti fizikal dan
ekonomi secara umumnya menunjukkan bot tunda saiz sederhana
adalah lebih produktif berbanding dengan bot tunda saiz besar.
Akhir sekali analisis titik pulangan modal menunjukkan bot
tunda saiz sederhana dan saiz besar memerlukan 145,359 dan
178, 433 kilogram ikan sebulan bagi mencapai titik pulangan
modal. Ini bererti kemerosotan sumber ikan antara 25%-30%
bagi bot tunda saiz sederhana dan saiz besar tidak menjejaskan
bidang usaha ini.
Dapat dirumuskan bahawa secara umumnya bidangusaha tangkapan
ikan dengan menggunakan bot pukat tunda di perairan luar
pantai dalam jangkamasa kajian adalah menguntungkan. Walau
bagaimanapun perhatian yang serius terhadap jumlah daya tangkapan
dan sumber ikan yang ada perlu diberi perhatian. Ini
penting kerana sumber ikan demersal merupakan sumber ikan yang
mudah merosot akibat eksploitasi berlebihan dari daya tangkapan
yang tinggi. Akhir sekali, memandangkan kajian ini merupakan
kajian jangka pendek, maka keputusan-keputusan yang diperolehi
bukan merupakan sesuatu keputusan yang konklusif. Tetapi,
setidak-tidaknya keputusan-keputusan yang diperolehi dapat
memberikan indikator-indikator fizikal dan ekonomi secara umumnya
bagi bidangusaha tersebut.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |