Citation
Mohamad Yusoff, Mohamad Fitri and Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah and Yaakob, Nor Azuwan
(2019)
Hubungan dialektikal praktis sosial muamalat dengan ciri leksikal wacana perbankan islam.
International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (1).
pp. 47-54.
ISSN 2289-1706; ESSN: 2289-4268
Abstract
Kewujudan kata/istilah Melayu bukan lazim, kata/istilah Arab tulen, kata/istilah gabungan Melayu-Arab, kata/istilah Inggeris dan kata/istilah gabungan Melayu-Inggeris dalam wacana perbankan Islam berbahasa Melayu bukanlah berlaku secara kebetulan, tetapi dipengaruhi oleh praktis sosial muamalat. Hal ini kerana hubungan antara praktis sosial dengan wacana adalah hubungan dialektikal atau hubungan timbal balas. Justeru dengan mengaplikasi pendekatan Analisis Wacana Kritis (AWK), kajian ini bertujuan merungkai hubungan dialektikal antara praktis sosial muamalat dengan ciri leksikal wacana perbankan Islam. Kajian ini membuktikan bahawa, daripada satu sudut, praktis sosial mempengaruhi pembentukan wacana, sementara daripada sudut yang lain pula, wacana berperanan memperteguh praktis sosial. Kajian ini memberi kefahaman bahawa, kewujudan ciri leksikal yang rencam dalam wacana perbankan Islam berbahasa Melayu adalah bertujuan menampung keperluan praktis sosial muamalat, tambahan pula dalam konteks Malaysia perbankan Islam berkembang dalam kerangka perbankan konvensional
Download File
|
Text
Hubungan dialektikal praktis sosial muamalat dengan ciri leksikal wacana perbankan islam.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (245kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |