UPM Institutional Repository

Hubungan antara faktor pengetahuan dan kefahaman mata pelajaran bahasa melayu (BM) terhadap standard kompetensi domain diri, profesion dan sosial dalam kalangan pegawai SISC+ BM


Citation

Saidi, Rozita@Radhiah and Md Sabil, Azhar and Jamian, Abdul Rasid (2019) Hubungan antara faktor pengetahuan dan kefahaman mata pelajaran bahasa melayu (BM) terhadap standard kompetensi domain diri, profesion dan sosial dalam kalangan pegawai SISC+ BM. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 34. pp. 49-63. ISSN 2180-3463; ESSN: 2289-9057

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor pengetahuan dan kefahaman mata pelajaran Bahasa Melayu terhadap kompetensi domain diri, profesion dan sosial dalam kalangan Pegawai Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+ BM). Populasi kajian dipilih secara persampelan bertujuan, iaitu melibatkan 180 daripada 360 orang pegawai SISC+ BM yang berada di 180 Pejabat Pendidikan daerah di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan borang soal-selidik sebagai instrumen. Kenyataan dalam pembinaan soal selidik adalah berdasarkan kepada Standard 2 (Pengetahuan dan Kefahaman) Model Standard Guru Malaysia dan Sukatan Pelajaran dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima, Kementerian Pendidikan Malaysia. Skala Likert 5 tahap persetujuan dibangunkan bagi mewakilkan diri peserta dengan memberi respons bagi satu siri kenyataan tentang tahap persetujuan mereka. Analisis data statistik dijelaskan melalui peratusan, sisihan piawai dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan min purata tahap pengetahuan dan kefahaman isi kandungan mata pelajaran (M = 4.49, SP = 0.41) pegawai SISC+ BM di Malaysia berada pada tahap tinggi. Statistik kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang besar antara ketiga-tiga domain, iaitu (r = .153). Data statistik turut membuktikan terdapat hubungan baik yang signifikan antara pengetahuan dengan pemahaman isi kandungan mata pelajaran BM pegawai SISC+BM terhadap ketiga-tiga domain dalam Standard 2, iaitu kompetensi domain diri, profesion dan sosial masing-masing (r (153) = 0.595; p = 0.01). Ini bermakna semakin tinggi tahap pengetahuan dan kefahaman SISC+BM maka semakin tinggi kompetensi domain diri, profesion dan sosial masing-masing. Kajian lanjut berkaitan bidang kepakaran SISC+ ini perlu diteruskan bagi memastikan ilmu pengetahuan, peranan serta kepakaran mereka disebar luas dan dimanfaat semaksimumnya demi kualiti guru Bahasa Melayu di Malaysia.


Download File

[img] Text
apjee342019_3.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (261kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.21315/apjee2019.34.3
Publisher: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Keywords: Understanding the subject content; Competency standards; Malay language; Personal; Profession and social domains; SISC+ BM
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 21 Sep 2020 08:30
Last Modified: 21 Sep 2020 08:30
Altmetrics: http://altmetrics.com-details.php?domain=psair.upm.edu.my&doi= 10.21315/apjee2019.34.3
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80091
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item