UPM Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia


Citation

Osman, Syuhaily and Ahmad, Nashatul Hasra (2019) Faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Jurnal Pengguna Malaysia, 33 (2). pp. 56-74. ISSN 1511-998X

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor harga, jenama dan kualiti yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Sebanyak 200 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dan mereka dipilih melalui persampelan rawak sistematik. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri. Ujian korelasi Pearson telah dilakukan untuk perkaitan antara faktor harga, jenama, kualiti dan kesetiaan terhadap jenama manakala ujian analisis regresi berganda digunakan bagi menentukan faktor yang paling mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama. Hasil kajian mendapati bahawa, perkaitan antara pemboleh ubah bebas dengan kesetiaan terhadap jenama wujud antara faktor harga (p=0.000), faktor jenama (p=0.000) dan faktor kualiti (p=0.000). Secara keseluruhan, faktor jenama merupakan faktor yang paling mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada pengguna, pengeluar, pemasar dan penyelidik untuk mengekalkan kesetiaan terhadap jenama.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://macfea.com.my/vol-33-december-2019/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Malaysian Consumer and Family Economics Association
Keywords: Brand loyalty; Price; Brand; Quality; Student
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 02 Mar 2023 08:58
Last Modified: 02 Mar 2023 08:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/79878
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item