Citation
Abstract
: Isu kontemporari dalam bidang kerja sosial wajar diberikan tumpuan sebagai langkah check and balance kesan daripada penawaran program pendidikan kerja sosial di Malaysia. Oleh itu, artikel ini membincangkan rangkaian isu kontemporari dalam pendidikan kerja sosial serta cadangan dalam memperkasakan pendidikan bidang kerja sosial di Malaysia. 5 orang informan kajian dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 - 48) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institut Sosial Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif melalui pendekatan fenomenologi. Antara isu utama yang telah disentuh adalah isu piawaian pendidikan kerja sosial, isu akta kerja sosial, ketiadaan jawatan sebagai pekerja sosial, dan isu pendidikan kerja sosial di universiti awam. Manakala rangkaian alternatif daripada informan kajian turut dicadangkan untuk menyelesaikan isu kontemporari tersebut. Antara alternatif tersebut adalah penguatkuasaan piawaian pendidikan kerja sosial di Malaysia, mengatasi konflik peranan sebagai usaha penguatkuasaan akta kerja sosial, penetapan kriteria yang lebih jelas kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, penyelarasan kurikulum pendidikan kerja sosial yang seragam, dan pentadbiran yang responsif pada peringkat universiti dan kementerian. Pelbagai pihak seperti pendidik, pentadbir, penggubal polisi, dan pengamal kerja sosial perlu mencipta kolaborasi yang erat dalam memperkasakan bidang kerja sosial di Malaysia.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://www.ijmtss.com/archived.asm?dataid=204&iDis...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Human Ecology |
DOI Number: | https://doi.org/10.35631/IJMTSS.29005 |
Publisher: | Global Academic Excellence |
Keywords: | Social work; Social work standards; Social work education; Social work act |
Depositing User: | Nurul Ainie Mokhtar |
Date Deposited: | 08 Feb 2023 04:54 |
Last Modified: | 08 Feb 2023 04:54 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.35631/IJMTSS.29005 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/79661 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |