UPM Institutional Repository

Emansipasi wanita dalam sosial menerusi novel-novel pilihan 1960-an - 1990-an


Citation

Mat Rusok, Nurhasmira and Abu Bakar, Roslina and Sujud, Arbai'e and Mohamed Noor, Rozita (2019) Emansipasi wanita dalam sosial menerusi novel-novel pilihan 1960-an - 1990-an. Jurnal Kesidang, 4 (1). pp. 38-52. ISSN 2550-1674; ESSN: 2600-7851

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk melihat emansipasi wanita dalam sosial menerusi novel-novel Melayu terpilih dari tahun 1960-an hingga 1990-an yang dihasilkan oleh pengarang-pengarang wanita iaitu Khadijah Hashim, Zaharah Nawawi dan Rosmini Shaari. Bertitik tolak daripada permasalahan kajian, dan memetik kenyataan Che Asmah Yaacob yang menyatakan bahawa menerusi novel, konsep emansipasi dapat dilihat dari aspek yang lebih luas. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Islam dalam mengekalkan hak dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Justeru, untuk merungkai aspek emansipasi wanita dalam sosial, adalah wajar satu kajian dilakukan menerusi novel-novel Melayu pilihan. Kajian ini merangkumi aspek emansipasi wanita iaitu perjuangan wanita dalam sosial. .Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis emansipasi wanita dalam sosial melalui novel-novel Melayu. Kajian ini turut mengaplikasi teori feminisme saranan Cheri Register. Data kajian diperoleh menerusi empat buah novel merangkumi tahun 1960-an hingga 1990-an iaitu Badai Semalam (1968) karya Khadijah Hashim, Sebelum Penghujongnya Musim (1972) karya Zaharah Nawawi, Di tengah Kabus (1980) karya Khadijah Hashim dan Jaringan (1990) karya Rosmini Shaari.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Fakulti Bahasa dan Pendidikan UNIMEL
Keywords: Emancipation; Woman; Social; Novel
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 07 Feb 2023 08:55
Last Modified: 07 Feb 2023 08:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/79656
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item