Citation
Abdullah, Akmaliza and Muhammad, Zarina and Muhtar, Adibah and Musa, Norhafizah and Abd Rahman, Nur Najwa Hanani
(2019)
Iktibar Syair Siti Siyanah dalam pemerkasaan akal budi wanita Melayu.
In:
Inspirasi Muslimah: Ke Arah Matlamat Pembangunan Mapan.
Persatuan Ulama' Malaysia, Malaysia, pp. 1-17.
ISBN 9789832306344; EISBN
Abstract
Raja Ali Haji, tokoh intelektual Melayu kurun ke-19 Masehi telah mengemukakan suatu pemikiran bagi mengangkat peribadi contoh wanita Melayu menerusi karya puisi beliau berjudul Syair Siti Siyanah Sahibah al-'Ulum wa al-Amanah. Syair tersebut adalah ungkapan puisi berupa alegori yang menonjolkan dua watak utama wanita iaitu Siti Siyanah dan Siti Diyanah bagi memperlihatkan gabungan nilai-nilai ilmu dan budi pekerti yang berteraskan kepada pandangan semesta Islam yang perlu dimiliki oleh golongan wanita. Pendekatan analisis konten digunapakai untuk meneliti keseluruhan bait syair ini bagi memberikan gambaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan dalam kalangan wanita, di samping pernyataan aspek suruhan dan larangan yang menjadi panduan dalam membina keperibadian yang tinggi. Ia boleh diandaikan sebagai usaha ilmiah Raja Ali Haji dalam mengutarakan idea pemerkasaan akal budi wanita Melayu yang bertunjangkan kepada lima elemen utama yang membentuk kerangka akhlak iaitu agama, ilmu, akal, bahasa dan malu.
Download File
|
Text
Iktibar Syair Siti Siyanah dalam pemerkasaan akal budi wanita Melayu.pdf
Download (51kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |