UPM Institutional Repository

UPM Johan Cabaran Catur Bistari 2010


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Johan Cabaran Catur Bistari 2010. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 31 Oktober – Kumpulan Ho Liao dari Kolej Kesepuluh Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai pertandingan Cabaran Catur Bistari Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Peringkat Kebangsaan 2010 dengan memenangi lima notebook. Kumpulan tersebut mengumpul nilai mata Aset Tertinggi sebanyak 268 juta diikuti naib johan kumpulan CB K10 A UPM dengan nilai mata 197 juta dan membawa pulang lima IPod. Tempat ketiga dimenangi oleh Kolej Politeknik Mara Kuala Lumpur (KPTMKL) dengan nilai mata 160 juta dan membawa pulang lima kamera digital. Ketua ‘Kumpulan Ho Liao’, Mohd Nashriq Idham Abd Khany berkata rahsia kejayaan kumpulannya ialah latihan yang berterusan serta perancangan yang strategik dalam permainan. “Kami melabur wang pada masa sesuai dan tidak membuat keputusan terlalu awal,” katanya yang menyifatkan permainan itu menggalak nilai keusahawanan dan nilai perniagaan secara Islam. Pertandingan anjuran Johor Corporation dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan UPM itu bertujuan untuk mencetus minat kepada pelajar dalam aspek berkaitan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan. Pertandingan kali ketiga itu dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan dan Industri) UPM, Prof. Dr. Tai Shzee Yew. Pada tahun ini, sebanyak 100 buah pasukan dari 40 kumpulan Institusi Pengajian Tinggi Awam, Swasta, Kolej dan Politeknik dari seluruh Malaysia mengambil bahagian dan seramai 700 mahasiswa dicatat mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Johan_Cabaran_Catur_Bistari_2010.pdf

Download (130kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Erni Suraya Abdul Aziz
Date Deposited: 08 Nov 2010 10:30
Last Modified: 27 May 2013 07:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7878
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item