UPM Institutional Repository

UPM-BOKU Meterai Kerjasama Penyelidikan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM-BOKU Meterai Kerjasama Penyelidikan. [UPM News]

Abstract

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan University of Natural Resources and Life Sciences, Vienna (BOKU) Austria menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan khususnya berkaitan sumber asli dan sains hayat. Bidang kerjasama antara kedua-dua universiti itu meliputi bidang agrikultur, perhutanan, ekonomi dan pengurusan, sains makanan, pengajian alam sekitar dan bioteknologi. Kerjasama lain termasuk pertukaran pelajar siswazah (PhD dan Master), ahli fakulti dan pakar penyelidikan. Pihak BOKU berpendapat asas perhubungan sedia ada antara kedua-dua pihak melalui ASEA-UNINET (Asean-European University Network) dan EURASIA 2 Consortium (Erasmus Mundus) wajar diperkukuhkan melalui memorandum persefahaman (Mou). MoU ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah dan Timbalan Rektor Pendidikan dan Antarabangsa BOKU, Prof. Mag. Dr. Barbara Hinterstoisser. BOKU menawarkan sembilan program bacelor dan 24 program master dengan tujuh daripada program masternya diajar dalam Bahasa Inggeris dan terbuka untuk pelajar antarabangsa. Mou itu memperkukuhkan hubungan Malaysia dan Austria dengan disaksikan oleh Presiden Austria, Dr. Heinz Fischer yang mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM-BOKU_Meterai_Kerjasama_Penyelidikan.pdf

Download (82kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Haslawati H. Maamor
Date Deposited: 20 Sep 2010 01:47
Last Modified: 27 May 2013 07:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7801
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item