UPM Institutional Repository

Pelaksanaan latihan vokal oleh konduktor dan kesannya terhadap kualiti nyanyian dalam kalangan kumpulan koir di Semenanjung Malaysia


Citation

Abdul Latif, Fauzila (2018) Pelaksanaan latihan vokal oleh konduktor dan kesannya terhadap kualiti nyanyian dalam kalangan kumpulan koir di Semenanjung Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini mendokumenkan pelaksanaan latihan vokal oleh konduktor kumpulan koir dan kesannya terhadap kualiti nyanyian dalam kalangan ahli koir di Semenanjung Malaysia. Untuk mengendalikan sesebuah kumpulan koir, penguasaan terhadap pedagogi koral memainkan peranan penting bagi mempersiapkan ahli kumpulan koir ke arah persembahan yang bermutu. Di antara masalah yang dikenal pasti menunjukkan tidak ramai pemuzik di Malaysia yang terlatih khusus dalam bidang pimpinan koir. Selain itu, kajian ilmiah juga didapati kurang dijalankan di dalam Negara berhubung dengan bidang seni muzik yang menjurus terhadap nyanyian. Objektif kajian ini adalah bagi menganalisis pelaksanaan latihan vokal semasa sesi pemanasan dan strategi latihan yang digunakan semasa sesi latihan repertoir oleh para konduktor koir bagi mencapai kualiti nyanyian. Objektif kajian juga adalah untuk menilai kesan yang mempengaruhi ahli koir mengikut pelaksanaan latihan vokal sewaktu sesi pemanasan dan semasa sesi latihan repertoir yang dijalankan. Peserta kajian terdiri daripada empat orang konduktor koir berserta ahli kumpulan koir masing-masing. Persampelan bertujuan ini disasarkan kepada kumpulan koir yang berprestij dari sekitar Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan kaedah kualitatif. Data bagi kajian ini diperoleh melalui tiga instrumen iaitu temu bual, perbincangan kumpulan fokus (FGD), dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan latihan yang diamalkan untuk mencapai kualiti nyanyian yang baik adalah melalui strategi latihan yang disertakan dengan pelbagai contoh berbentuk kontekstual daripada setiap konduktor koir. Pendekatan yang digunakan oleh para konduktor dalam setiap sesi latihan telah mempengaruhi tahap kesedaran dan kefahaman bagi ahli koir berkaitan teknik vokal dan konsep muzik. Latar belakang ahli kumpulan koir termasuk genre lagu dan tema bagi setiap persembahan turut diambil kira oleh para konduktor bagi memberi impak terhadap pelaksanaan latihan yang dijalankan. Kerjasama dua hala antara konduktor dan ahli koir turut mewujudkan pembelajaran kondusif yang berperanan melonjakkan hasil persembahan nyanyian bagi setiap kumpulan yang dikaji. Hasil kajian ini dapat memberi manfaat serta panduan yang berguna kepada generasi masa depan yang berminat memahami secara mendalam berkaitan pedagogi koral sebagai persiapan mengendalikan aktiviti nyanyian koir.


Download File

[img] Text
FEM 2018 44 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Choral conducting
Subject: Singing - Studies and exercises
Subject: Choral singing - Instruction and study
Call Number: FEM 2018 44
Chairman Supervisor: Made Mantle Hood, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 06 May 2020 01:29
Last Modified: 24 Jan 2022 08:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77686
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item