UPM Institutional Repository

Pemerdagangan manusia dalam pengeksploitasian seksual dan kesannya terhadap keselamatan negara Malaysia


Citation

Ilham Hussin, Nafisah (2018) Pemerdagangan manusia dalam pengeksploitasian seksual dan kesannya terhadap keselamatan negara Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Di Malaysia, pemerdagangan manusia dalam pengeksploitasian seksual merupakan isu yang utama dan tertinggi. Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai usaha dari aspek perundangan, penguatkuasaan, jagaan dan perlindungan serta media dan publisiti. Namun, jenayah pemerdagangan manusia dalam pengeksploitasian seksual semakin meningkat. Justeru, kajian ini mengkaji pemerdagangan manusia dalam pengeksploitasian seksual di Malaysia dengan memfokuskan analisisnya kepada isu pemerdagangan manusia dalam pengeksploitasian seksual, kesan pemerdagangan manusia dalam pengeksploitasian seksual terhadap keselamatan insan dan negara, keberkesanan serta kelemahan usaha kerajaan Malaysia dalam membanteras pemerdagangan manusia dalam pengeksploitasian seksual dan cadangan penambahbaikan bagi membanteras isu ini. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual secara mendalam ke atas informan yang dipilih secara autoritatif dari pelbagai agensi termasuk Pejabat Strategik Nasional untuk Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO), badan bukan kerajaan (NGO), Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), mangsa, pelanggan dan sarjana dalam bidang ini. Hasil kajian menunjukkan pemerdagangan manusia dalam pengeksploitasian seksual merupakan satu isu serius yang perlu diberi perhatian kerana penarafan laras Malaysia dan statistik pemerdagangan manusia dalam pengeksploitasian seksual adalah tidak konsisten. Faktor-faktor seperti globalisasi, kecanggihan teknologi, permintaan yang tinggi dalam pasaran seksual, ancaman keselamatan insan mangsa di negara sumber, mudah mendapatkan wang, strategi, modus operandi sindiket dan peralihan trend langganan menyebabkan jenayah ini semakin berkembang dan sukar dikawal. Kajian ini juga mendapati bahawa jenayah ini memberi kesan negatif terhadap keselamatan insan dari aspek personal komuniti, ekonomi dan kesihatan. Ia juga memberi kesan negatif terhadap keselamatan negara dari aspek kedaulatan, sempadan dan peningkatan kadar jenayah. Kajian ini juga mendapati penarafan laras yang tidak konsisten disebabkan oleh pihak Amerika Syarikat yang tidak mempunyai mekanisme atau indikator khusus untuk menilai negara-negara yang menghantar laporan kepada pihaknya. Selain polisinya berubah-ubah yang menyukarkan negara yang dinilai serta bersifat berat sebelah menilai negara yang berhubungan. Walaupun kerajaan Malaysia telah memainkan peranan untuk membanteras jenayah ini dari aspek penguatkuasaan, perundangan, jagaan dan perlindungan, media serta publisti, namun dapatan kajian menunjukkan bahawa usaha-usaha ini kurang berkesan kerana data empirik kajian ini menunjukkan bahawa mangsa pemerdagangan manusia dalam pengeksploitasian seksual semakin meningkat berbanding dengan buruh paksa. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa globalisasi dan teknologi yang canggih serta modus operandi sindiket yang berubah-ubah menyebabkan kesukaran di pihak penguatkuasaan untuk membanteras jenayah ini sepenuhnya. Oleh itu, kerjasama dari pelbagai pihak yang berkepentingan selain dari pihak penguatkuasaan dan badan bukan kerajaan adalah sangat diperlukan bagi memastikan isu ini dapat dibendung dengan baik.


Download File

[img] Text
FEM 2019 10 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Human trafficking
Subject: Prostitution
Subject: Sexual consent
Call Number: FEM 2019 10
Chairman Supervisor: Zaid Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 06 May 2020 01:31
Last Modified: 25 Jan 2022 01:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77685
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item