UPM Institutional Repository

Pengajaran dan pembelajaran muzik dalam konteks silang budaya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kurang murid


Citation

Woo, Xuemi (2018) Pengajaran dan pembelajaran muzik dalam konteks silang budaya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kurang murid. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dinamik silang budaya yang terkandung dalam satu kes kejadian sosial di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yoke Hwa, Pekan, Pahang. SJKCYH merupakan sebuah sekolah aliran Cina yang mengalami masalah kurang murid dan kini dihadiri oleh murid yang berlatar belakang Melayu. Objektif utama kajian ini adalah untuk menyediakan satu etnografi yang berasaskan pendekatan pedagogi kritikal dan memberikan kefahaman secara mendalam mengenai proses pengajaran dan pembelajaran muzik dalam suasana sekolah yang silang budaya. Dari segi kerangka konsep, ia memfokuskan interaksi insan dan penghasilan (semula) pengetahuan. Seramai lapan orang murid telah dipilih sebagai informan untuk kajian ini. Informasi dikumpul melalui pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, aktiviti sekolah yang meliputi perayaan, persembahan dan pertandingan, dan juga lawatan ke rumah; dan dicatat dalam bentuk nota lapangan dan rakaman video. Pengkaji juga mengumpul maklumat daripada aktiviti yang dijalankan di sekolah, persembahan dan pertandingan yang disertai oleh murid. Aspek yang diberikan tumpuan termasuk proses interaksi insan yang meliputi tingkah laku sosial, verbal, dan muzikal, suasana dalam sekolah, serta teks dan bahan yang digunakan. Dapatan kajian menunjukkan terwujud interaksi pelbagai hala dan juga pelbagai hubungan serta interaksi sesama murid adalah aktif. Mereka memerlukan bantuan antara ahli untuk menterjemahkan sesuatu perkataan atau ayat. Tahap keselesaan dan perasaan kepunyaan pelajar yang pelbagai disebabkan oleh situasi sosial majmuk yang berubah-ubah. Proses penghasilan (semula) pengetahuan pula melibatkan pengetahuan implisit seperti nilai, budaya dan identiti dan eksplisit seperti pola ton Bahasa Cina, struktur muzik lagu Bahasa Cina dan sebutan Bahasa Cina yang telah dihasilkan melalui pelbagai situasi atau aktiviti di sekolah. Dari segi implikasi kajian, pelajar memperolehi kompetensi budaya yang tinggi kerana mereka belajar satu budaya yang berlainan daripada budaya asal mereka. Murid juga memperoleh satu identiti baru yang berbeza samada dengan murid Melayu atau Cina di sekolah lain. Kajian lanjutan boleh memfokuskan kes pembelajaran silang budaya yang lain seperti proses pembelajaran murid berlatar belakang Cina dalam sebuah sekolah kebangsaan di Malaysia.


Download File

[img] Text
FEM 2018 48 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: School music - Instruction and study
Subject: Music - Instruction and study
Call Number: FEM 2018 48
Chairman Supervisor: Chan Cheong Jan, D.Lit
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 07 May 2020 02:55
Last Modified: 25 Jan 2022 04:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77664
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item