Citation
Kamunri, Al-Azharri Siddiq
(2018)
Patriotisme dalam kalangan etnik minoriti Bugis di Sabah, Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Patriotisme merupakan salah satu nilai kenegaraan yang sangat penting dalam pembinaan sesebuah negara. Dalam konteks negeri Sabah, kepelbagaian etnik, agama, budaya, fahaman politik dan keunikan undang-undang negeri Sabah merupakan faktor-faktor yang sangat penting dalam pembentukan tahap patriotisme sesebuah etnik di Sabah. Kajian ini bertujuan mengukur tahap patriotisme dalam kalangan etnik minoriti Bugis di Sabah. Kajian ini penting kerana tidak ada kajian yang lepas mengenai tahap patriotisme etnik Bugis di Sabah. Dari aspek undang-undang negeri Sabah, terdapat lebih 30 etnik yang diiktiraf sebagai pribumi Sabah. Walau bagaimanapun, status etnik Bugis Sabah tidak termasuk sebagai pribumi Sabah walaupun mereka telah menetap di Sabah sejak tahun 1868 lagi. Kedudukan etnik Bugis Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah lebih baik di mana mereka diiktiraf sebagai bumiputera kerana memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat budaya Melayu. Walaupun generasi kedua Bugis Sabah dan seterusnya telah melalui proses asimilasi dengan etnik tempatan yang lain melalui perkahwinan campur, pendidikan, ekonomi dan sosiopolitik tetapi permasalahan utama patriotisme mereka masih lagi berlaku. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah lebih kepada kaedah kuantitatif, manakala kaedah kualitatif merupakan pelengkap di mana kombinasi pelbagai kaedah telah melengkapi antara satu sama lain. Kaedah kuantitatif digunakan untuk mendapatkan data di lapangan, manakala kaedah kualitatif pula merupakan kaedah untuk mengolah data yang diperoleh dari pelbagai sumber seperti data statistik, rujukan daripada buku, tesis dan kajian terdahulu yang berkaitan. Oleh hal yang demikian, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif untuk menganalisis dan menilai sikap responden terhadap tahap patrioitsme, manakala kaedah kualitatif pula bertujuan untuk saling melengkapkan data kuantitatif dalam menghuraikan permasalahan patriotisme etnik Bugis di Sabah. Hasil penemuan kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti latar belakang demografi dan dimensi pengukuran patriotisme telah mempengaruhi tahap patriotisme etnik Bugis di Sabah. Namun demikian, hasil penting kajian ini menujukkan tahap patriotisme mereka adalah di tahap tinggi di mana perbandingan menunjukkan purata keseluruhan lebih tinggi daripada Indeks Patriotisme Negara di peringkat nasional. Rumusan, walaupun dalam kalangan mereka masih ada yang mengekalkan keunikan identiti etnik Bugis tetapi patriotisme mereka kepada negeri Sabah dan negara Malaysia adalah tinggi dan ianya telah membezakan diri mereka dengan orang Bugis dari negara Indonesia.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
Subject: |
Patriotism - Case studies. - Malaysia |
Subject: |
Ethnic relations - Case studies |
Subject: |
Ethnicity - Malaysia - Sabah |
Call Number: |
FEM 2018 43 |
Chairman Supervisor: |
Jayum Anak Jawan, PhD |
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Depositing User: |
Mas Norain Hashim
|
Date Deposited: |
07 May 2020 03:00 |
Last Modified: |
07 May 2020 03:00 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77659 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |