Citation
Mohd Din, Feaizul
(2018)
Jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta hubungannya dengan kepadatan mineral tulang dalam kalangan warga tua.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan skor aktiviti fizikal,
jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta status kepadatan tulang warga
tua di Rumah Seri Kenangan, Cheras berdasarkan jantina. Di samping itu, kajian ini
juga dijalankan untuk menentukan hubungan antara skor aktiviti fizikal, jumlah
pengambilan kalori, kalsium dan protein terhadap status kepadatan tulang dalam
kalangan warga tua di Rumah Seri Kenangan, Cheras berdasarkan jantina. Kaedah:
Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan deskriptif yang melibatkan 117
responden (L=71, P=46) yang tinggal di Rumah Seri Kenangan, Cheras. Kajian ini
menggunakan borang soal selidik yang telah diadaptasi daripada Topolski et al. (2006)
untuk menentukan skor aktiviti fizikal dan Food Frequency Questionnaire (FFQ)
untuk mendapatkan maklumat jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta
penggunaan mesin kuantitatif ultrasound (QUS-2™) untuk mengukur status kepadatan
tulang. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif, ujian-t
tidak bersandar dan korelasi bagi menghuraikan dapatan kajian. Dapatan Kajian:
Analisis ujian-t tidak bersandar terhadap skor aktiviti fizikal menunjukkan tidak
terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan pada aras kesignifikalan
0.01 iaitu responden lelaki (M = 4.51, SP = 1.25) dan perempuan (M = 4.17, SP =
0.71), [ t(113) = 1.834, p = 0.07 ]. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, skor aktiviti
fizikal kedua-dua jantina berada antara skor 4 dan 5. Analisis ujian-t tidak bersandar
terhadap pengambilan kalori pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara
lelaki dan perempuan pada aras kesignifikalan 0.01 iaitu responden lelaki (M =
3058.21, SP = 332.68) dan perempuan (M = 2420.26, SP = 246.76), [ t(115) = 11.16,
p = 0.000 ]. Analisis ujian-t tidak bersandar terhadap pengambilan kalsium juga
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan pada aras
kesignifikalan 0.01 iaitu responden lelaki (M = 2783.96, SP = 141.32) dan perempuan
(M = 3847.89, SP = 96.42), [ t(115) = -2.69, p = 0.008 ]. Walau bagaimanapun,
analisis ujian-t tidak bersandar terhadap pengambilan protein pula menunjukkan tidak
terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan pada aras kesignifikalan 0.01 iaitu responden lelaki (M = 438.61, SP = 23.57) dan perempuan (M = 437.28, SP
= 14.50), [ t(115) = 0.341, p = 0.734]. Analisis ujian-t tidak bersandar terhadap status
kepadatan tulang pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan
perempuan pada aras kesignifikalan 0.01 iaitu responden lelaki (M=─2.22, SP = 0.42)
dan perempuan (M = ─2.04, SP = 0.20), [ t(108) = 3.11, p = 0.002 ]. Ujian korelasi
menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara status kepadatan tulang dengan
skor aktiviti fizikal bagi responden lelaki (r = 0.024, p = 0.842) dan responden
perempuan (r= 0.251, p = 0.092). Analisis korelasi juga menunjukkan tidak terdapat
hubungan signifikan antara status kepadatan tulang dengan pengambilan kalori bagi
responden lelaki (r = 0.062, p = 0.606) dan responden perempuan (r = ─0.221, p =
0.140). Walau bagaimanapun, terdapat hubungan positif lemah dicatatkan antara status
kepadatan tulang dengan pengambilan kalsium bagi responden lelaki (r = 0.331, p =
0.026) manakala hubungan positif sederhana dicatat bagi responden perempuan (r =
0.465, p = 0.031). Analisis korelasi juga menunjukkan tidak terdapat hubungan
signifikan antara status kepadatan tulang dengan pengambilan protein bagi responden
lelaki ( r = -0.044, p = 0.718) dan responden perempuan (r = 0.238, p = 0.112).
Kesimpulan: Kesedaran untuk melakukan aktiviti fizikal serta mengambil kalori,
kalsium dan protein yang seimbang adalah perlu dalam kalangan warga tua untuk
meningkatkan kualiti hidup mereka terutamanya dalam aspek kesihatan tulang.
Pelbagai program boleh dirangka oleh pihak institusi penjagaan warga tua supaya
warga tua dapat mengoptimumkan usia emas mereka dengan aktiviti fizikal yang
bersesuaian serta pengambilan kalori, kalsium dan protein yang berpatutan, sekaligus
dapat mengekalkan kesihatan tulang mereka.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |