UPM Institutional Repository

Jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta hubungannya dengan kepadatan mineral tulang dalam kalangan warga tua


Citation

Mohd Din, Feaizul (2018) Jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta hubungannya dengan kepadatan mineral tulang dalam kalangan warga tua. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan skor aktiviti fizikal, jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta status kepadatan tulang warga tua di Rumah Seri Kenangan, Cheras berdasarkan jantina. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan hubungan antara skor aktiviti fizikal, jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein terhadap status kepadatan tulang dalam kalangan warga tua di Rumah Seri Kenangan, Cheras berdasarkan jantina. Kaedah: Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan deskriptif yang melibatkan 117 responden (L=71, P=46) yang tinggal di Rumah Seri Kenangan, Cheras. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah diadaptasi daripada Topolski et al. (2006) untuk menentukan skor aktiviti fizikal dan Food Frequency Questionnaire (FFQ) untuk mendapatkan maklumat jumlah pengambilan kalori, kalsium dan protein serta penggunaan mesin kuantitatif ultrasound (QUS-2™) untuk mengukur status kepadatan tulang. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif, ujian-t tidak bersandar dan korelasi bagi menghuraikan dapatan kajian. Dapatan Kajian: Analisis ujian-t tidak bersandar terhadap skor aktiviti fizikal menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan pada aras kesignifikalan 0.01 iaitu responden lelaki (M = 4.51, SP = 1.25) dan perempuan (M = 4.17, SP = 0.71), [ t(113) = 1.834, p = 0.07 ]. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, skor aktiviti fizikal kedua-dua jantina berada antara skor 4 dan 5. Analisis ujian-t tidak bersandar terhadap pengambilan kalori pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan pada aras kesignifikalan 0.01 iaitu responden lelaki (M = 3058.21, SP = 332.68) dan perempuan (M = 2420.26, SP = 246.76), [ t(115) = 11.16, p = 0.000 ]. Analisis ujian-t tidak bersandar terhadap pengambilan kalsium juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan pada aras kesignifikalan 0.01 iaitu responden lelaki (M = 2783.96, SP = 141.32) dan perempuan (M = 3847.89, SP = 96.42), [ t(115) = -2.69, p = 0.008 ]. Walau bagaimanapun, analisis ujian-t tidak bersandar terhadap pengambilan protein pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan pada aras kesignifikalan 0.01 iaitu responden lelaki (M = 438.61, SP = 23.57) dan perempuan (M = 437.28, SP = 14.50), [ t(115) = 0.341, p = 0.734]. Analisis ujian-t tidak bersandar terhadap status kepadatan tulang pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan pada aras kesignifikalan 0.01 iaitu responden lelaki (M=─2.22, SP = 0.42) dan perempuan (M = ─2.04, SP = 0.20), [ t(108) = 3.11, p = 0.002 ]. Ujian korelasi menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara status kepadatan tulang dengan skor aktiviti fizikal bagi responden lelaki (r = 0.024, p = 0.842) dan responden perempuan (r= 0.251, p = 0.092). Analisis korelasi juga menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara status kepadatan tulang dengan pengambilan kalori bagi responden lelaki (r = 0.062, p = 0.606) dan responden perempuan (r = ─0.221, p = 0.140). Walau bagaimanapun, terdapat hubungan positif lemah dicatatkan antara status kepadatan tulang dengan pengambilan kalsium bagi responden lelaki (r = 0.331, p = 0.026) manakala hubungan positif sederhana dicatat bagi responden perempuan (r = 0.465, p = 0.031). Analisis korelasi juga menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara status kepadatan tulang dengan pengambilan protein bagi responden lelaki ( r = -0.044, p = 0.718) dan responden perempuan (r = 0.238, p = 0.112). Kesimpulan: Kesedaran untuk melakukan aktiviti fizikal serta mengambil kalori, kalsium dan protein yang seimbang adalah perlu dalam kalangan warga tua untuk meningkatkan kualiti hidup mereka terutamanya dalam aspek kesihatan tulang. Pelbagai program boleh dirangka oleh pihak institusi penjagaan warga tua supaya warga tua dapat mengoptimumkan usia emas mereka dengan aktiviti fizikal yang bersesuaian serta pengambilan kalori, kalsium dan protein yang berpatutan, sekaligus dapat mengekalkan kesihatan tulang mereka.


Download File

[img] Text
FPP 2019 20 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Bone and bones
Subject: Bone density
Subject: Nutrition surveys
Call Number: FPP 2019 20
Chairman Supervisor: Soh Kim Geok, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 28 Apr 2020 03:15
Last Modified: 26 Jan 2022 07:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77608
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item