Citation
Said, Siti Faizah
(2019)
Hubungan pendekatan kolaboratif terhadap pencapaian program pendidikan islam sekolah rendah di Semenanjung Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Malaysia telah berusaha keras mewujudkan budaya Al Quran dalam sistem
pendidikan. Daripada tinjauan penyelidik, prestasi pelajaran Pendidikan Islam sama
ada Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan fardu ain sebelum ini masih belum mencapai
tahap yang memuaskan dalam kalangan murid-murid (Sabariah, 2012). Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan teknik kolaborasi dalam model
khatam Al Quran j-QAF difahami dan dipraktikkan oleh Guru Pendidikan Islam
sekaligus dapat membantu murid membaca Al Quran dengan betul dan mampu
khatam Al Quran pada tamat persekolahan tahun enam. Sejumlah 399 orang guru
Pendidikan Islam sekolah rendah di Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak
berstrata nisbah sebagai sampel kajian.Terdapat empat objektif yang ingin dicapai
dalam kajian ini. Empat aspek yang dikaji dalam kajian ini ialah tahap menggunakan
kaedah kolaborasi, perbezaan pengalaman mengajar, hubungan terhadap pencapaian
dan pengaruh terhadap pencapaian dari segi perancangan, pelaksanaan, kaedah
Talaqqi Musyafaha, dan penggunaan BBM, dalam model khatam Al-Quran jQAF.
Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk
kuantitatif. Instrumen yang digunakan melibatkan satu set soal selidik dan telah
diberikan kepada guru-guru Pendidikan Islam. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan perisisan SPSS Versi 22 secara deskriptif dan inferensi. Analisis
deskriptif terdiri daripada min,sisihan piawai, peratusan dan kekerapan. Manakala
analisis inferensi yang digunakan ialah ujian T, pekali korelasi Pearson dan regrasi
linear berganda.Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan kaedah
kolaborasi guru-guru Pendidikan Islam dalam model khatam Al Quran j-QAF berada
pada tahap yang tinggi. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan
positif antara teknik pengajaran secara kolaborasi dalam model khatam Al Quran j-
QAF ini dengan pencapaian murid dalam menguasai bacaan dengan baik dan
membolehkan murid khatam Al Quran di peringkat sekolah rendah Kajian ini juga
menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara teknik pengajaran secara kolaborasi dalam model khatam Al Quran jQAF ini. Berdasarkan dapatan
kajian, beberapa implikasi dikemukakan yang meliputi aspek kajian teori masteri
dalam pengajaran Pendidikan Islam, kajian secara praktik terhadap pengajaran model
khatam Al-Quran, kajian terhadap latihan dan pendidikan guru Pendidikan Islam dan
implikasi terhadap kurikulum Pendidikan Islam.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |