Citation
Ahmad, Noorlila
(2019)
Restorasi dan nilai spiritual sebagai mediator hubungan antara ekopsikologi dengan gangguan emosi.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Peningkatan pola dan tahap gangguan emosi dalam kalangan pelajar prasiswazah
semakin meningkat dan membimbangkan. Kajian ini bertujuan memerihal pola dan
tahap gangguan emosi, ekopsikologi, restorasi dan nilai spiritual. Kajian ini turut
mengkaji hubungan antara ekopsikologi, restorasi, nilai spiritual dengan setiap
subkonstruk gangguan emosi iaitu tekanan, keresahan dan kemurungan. Kajian ini
menguji restorasi dan nilai spiritual sebagai mediator terhadap hubungan antara
ekopsikologi dengan setiap subkonstruk gangguan emosi. Kajian kuantitatif berbentuk
deskriptif korelasi yang melibatkan 390 orang pelajar prasiswazah di sebuah universiti
awam tempatan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data yang
diperolehi melalui soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferesi
iaitu kaedah analisis Permodelan Persamaan Berstrukrur (SEM) serta pembustrapan
digunakan untuk menguji lima objektif dan tujuh belas hipotesis kajian yang
dibangunkan.
Keputusan kajian mendapati pola dan tahap gangguan emosi dalam kalangan pelajar
untuk subkonstruk tekanan berada pada tahap sederhana (38.7%), keresahan pada
tahap sangat teruk (40.5%) dan kemurungan pada tahap normal (42.1%). Manakala
ekopsikologi pada tahap sederhana, pilihan tahap kualiti restorasi ialah daya tarikan
dan nilai spiritual berada pada tahap tinggi. Kajian mendapati tidak terdapat hubungan
signifikan antara ekopsikologi dan setiap subkonstruk tekanan, keresahan dan
kemurungan. Hasil kajian melaporkan terdapat hubungan signifikan antara
ekopsikologi dengan restorasi dan nilai spiritual. Manakala, hubungan signifikan
antara restorasi dengan subkonstruk tekanan. Seterusnya hubungan signifikan antara
nilai spiritual dengan setiap subkonstruk gangguan emosi iaitu tekanan, keresahan dan
kemurungan. Ujian pembustrapan untuk mengesahkan kesan tidak langsung mendapati
restorasi sebagai mediator hubungan antara ekopsikologi dengan subkonstruk
gangguan emosi iaitu tekanan (β=-0.124, CI= -0.240, -0.005). Manakala, nilai spiritual sebagai mediator hubungan antara ekopsikologi dengan subkonstruk gangguan emosi
iaitu kemurungan (-β =-0.227, CI= -0.453, -0.058).
Berdasarkan dapatan kajian mengesahkan restorasi alam semula jadi dan nilai spiritual
sebagai mediator yang dapat mempengaruhi hubungan ekopsikologi dengan gangguan
emosi dari dimensi emosi tekanan dan kemurungan dalam bentuk sumber bantuan
psikologikal, fisiologikal, emosi and spiritualiti.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |