UPM Institutional Repository

Model pembentukan minat kerjaya sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam kalangan pelajar aliran sains tingkatan empat di Selangor, Malaysia


Citation

Razali, Fazilah (2018) Model pembentukan minat kerjaya sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam kalangan pelajar aliran sains tingkatan empat di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) merupakan komponen penting dalam pembangunan ekonomi bagi persediaan melahirkan tenaga mahir untuk keperluan revolusi industri. STEM merupakan pakej kepada pengetahuan sains dan kemahiran pelajar untuk diintegrasikan dengan elemen yang terdapat dalam STEM. Keseluruhan objektif kajian untuk mengukur minat kerjaya STEM dari pemboleh ubah dominan dilaporkan dari kajian lepas yang mempunyai pengaruh terhadap pembentukan minat kerjaya pelajar. Justeru, kajian membentuk model pembentukan minat kerjaya STEM dalam kalangan pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat yang melibatkan pengaruh Sikap terhadap STEM, Motivasi Terhadap Sains dan Kemahiran Abad Ke-21 (KAK21) bagi memenuhi keperluan pembelajaran untuk penguasaan kurikulum Sains sebagai asas keterusan kepada pembentukan aspirasi kerjaya STEM pelajar. Sorotan kajian menunjukkan pengaruh sikap terhadap STEM, autoriti ibu bapa serta dua perantara kajian, iaitu motivasi sains serta sebahagian elemen KAK21 terhadap pembentukan minat kerjaya pelajar. Kajian ini mengabungkan elemen-elemen daripada tiga teori, iaitu Teori Kurikulum Elliot Eisner, Teori Sosial Kognitif Kerjaya dan Teori Penentuan Kendiri untuk membentuk minat pelajar terhadap kerjaya STEM. Kajian juga mengukur pengaruh setiap pemboleh ubah iaitu Sikap terhadap STEM, Autoriti Ibu Bapa, Kemahiran Abad Ke-21 dan Motivasi terhadap Sains dengan menggunakan analisis Model Persamaan Struktur (Structural Equation Modelling atau SEM). Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dengan melibatkan seramai 314 pelajar aliran sains Tingkatan Empat di Selangor dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Dapatan kajian diperoleh dari borang soalan kaji selidik yang diedarkan kepada pelajar. Model dibentuk dan disahkan melalui hubungan korelasi antara pemboleh ubah kajian dengan menggunakan maklum balas daripada pelajar berdasarkan instrumen Student Attitudes toward Science, Technology, Engineering, and Math (S-STEM) and interest in STEM careers, Science Motivation Questionnaire II (SMQ-II) dan Parental Authority Questionnaire (PAQ). Model mewakili setiap pemboleh ubah kajian dibentuk, iaitu Model Cadangan dan telah mencapai indeks kesepadanan bagi model struktur. Walau bagaimanapun, model kedua (Model Modifikasi) telah dibentuk untuk mengukur pemboleh ubah yang substantif dalam kajian bagi mempengaruhi pembentukan minat kerjaya STEM pelajar. Model Modifikasi merupakan model terbaik dan dapat menjelaskan kesan pengaruh yang besar (63.2%) daripada keseluruhan pemboleh ubah kajian kepada pembentukan minat kerjaya STEM. Pemboleh ubah kajian memberi pengaruh secara langsung yang signifikan ialah Sikap terhadap STEM, Motivasi terhadap Sains dan Autoriti Ibu Bapa. Kesan perantara juga wujud dalam model, iaitu Motivasi terhadap Sains yang berperanan sebagai perantara antara Sikap terhadap STEM dan juga Autoriti Ibu Bapa kepada pembentukan minat kerjaya STEM. Secara keseluruhan Model Cadangan dan Model Modifikasi dapat memberi kesan sumbangan yang besar kepada pembentukan minat kerjaya STEM pelajar. Sebagai rumusan, dapatan kajian dapat membentuk model Minat kerjaya STEM yang tepat bagi memenuhi keperluan pembelajaran dalam kalangan pelajar aliran sains di Malaysia dengan memberi penekanan kepada Sikap terhadap STEM, Autoriti Ibu Bapa, Motivasi terhadap Sains, serta keperluan pengukuhan terhadap Kemahiran Abad Ke-21 untuk pembentukan minat kerjaya STEM yang lebih efektif.


Download File

[img] Text
FPP 2019 4 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Science - Study and teaching (Secondary) - Case studies. - Malaysia
Subject: Education - Curricula
Subject: High school students - Attitudes. - Malaysia
Call Number: FPP 2019 4
Chairman Supervisor: Othman Bin Talib, EdD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 28 Apr 2020 09:08
Last Modified: 26 Jan 2022 08:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77529
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item