UPM Institutional Repository

Kesan kaunseling kelompok REBT terhadap tekanan dalam kalangan murid sekolah menengah


Citation

Abu Hassan, Zaidi (2017) Kesan kaunseling kelompok REBT terhadap tekanan dalam kalangan murid sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah merupakan sebahagian langkah untuk membantu murid yang menghadapi tekanan dan mencari jalan keluar atas permasalahan yang dihadapi serta membantu mereka menangani masalah tekanan. Harapan yang diletakkan pada kajian ini di samping membantu murid ialah memperkenalkan tentang tujuan dan fungsi kaunseling kelompok REBT. Kajian ini juga dapat melihat sejauhmana kaunseling kelompok membantu dan memberi kesan terhadap pengetahuan dan kesedaran kepada murid dalam menangani tekanan yang mereka alami. Rekabentuk kajian yang digunakan ialah kajian eksperimen ujian pra dan ujian pasca dengan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Satu soal selidik Free Stress Test (FST) yang diadaptasi dan diubahsuai oleh Mohd Zuri Ghani, (2006)telah dijadikan sebagai ujian pra untuk mendapatkan sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada 64 orang murid tingkatan 4 dan mereka ini diagihkan kepada 2 kumpulan iaitu 32 orang murid kumpulan rawatan dan 32 orang murid dalam kumpulan kawalan secara prosedur pemadanan dan pengagihan rawak. Kumpulan rawatan diberikan rawatan melalui proses kaunseling kelompok REBT yang mengandungi 10 sesi kaunseling sementara kumpulan kawalan tidak diberi sebarang rawatan. Proses sesi kaunseling REBT ini melibatkan 10 sesi perjumpaan dan rawatan mengambil masa lebih kurang dua bulan secara keseluruhan. Setelah sesi tamat, sampel kajian diberikan sekali lagi menjawab soal selidik Free Stress Test (FST) sebagai ujian pasca. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSSP) versi 18.0. Keputusan ujian menunjukkan bahawa hipotesis pertama tidak terdapat perbezaan signifikan ukuran min ujian pra tekanan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan adalah ditolak. Hipotesis kedua tidak terdapat perbezaan signifikan dalam ukuran min ujian pra dan ujian pasca tekanan kumpulan rawatan adalah ditolak. Hipotesis ketiga tidak terdapat perbezaan signifikan dalam ukuran min ujian pra dan ujian pasca tekanan kumpulan kawalan adalah diterima. Hipotesis keempat tidak terdapat perbezaan signifikan antara ukuran min ujian pasca antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan adalah ditolak. Maka terdapat perbezaan ujian min tekanan iaitu ujian pra 4.0281 dan ujian pasca 2.3297 bagi kumpulan rawatan. Ini menunjukkan bahawa penurunan min sebanyak 1.6984 bagi kumpulan rawatan. Secara keseluruhannya, kaunseling kelompok yang dijalankan berjaya mengurangkan tekanan dalam kalangan murid kumpulan rawatan.


Download File

[img] Text
FPP 2017 44 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Psychotherapy
Subject: Stress (Physiology)
Call Number: FPP 2017 44
Chairman Supervisor: Jamaludin Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 29 Apr 2020 02:50
Last Modified: 28 Jan 2022 01:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77422
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item