UPM Institutional Repository

Kesediaan untuk berubah sebagai pengantara antara hubungan jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan pengaruh sosial dengan niat tingkah laku perkongsian maklumat menggunakan media sosial


Citation

Yahaya, Tiny Azleen (2018) Kesediaan untuk berubah sebagai pengantara antara hubungan jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan pengaruh sosial dengan niat tingkah laku perkongsian maklumat menggunakan media sosial. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Cadangan oleh kerajaan bahawa media sosial menjadi medium perkongsian maklumat dalam era digital mempengaruhi pekerja termasuk pengurusan sumber manusia. Merujuk kepada Teori Penyatuan Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (UTAUT), kajian ini mengambil faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan pengaruh sosial sebagai pembolehubah bebas. Niat tingkah laku perkongsian maklumat menggunakan media sosial dipilih sebagai pemboleh ubah bersandar manakala kesediaan untuk berubah sebagai faktor pengantara. Kaedah persampelan rawak berstrata bernisbah dan persampelan rawak mudah diguna pakai. Sebanyak 400 borang soal selidik telah diedarkan dan 365 borang telah dikembalikan. Hanya 343 lengkap sebagai data sebenar. Analisis korelasi dan regresi digunakan untuk mengkaji hipotesis dan diuji menggunakan IBM SPSS Version 25.0. Ujian faktor pengantara dihasilkan dengan kaedah bootstrapping, Model 4, dengan persampelan semula sebanyak 5000 kali dan 95% selang keyakinan bias diperbetulkan, menggunakan SPSS PROSES MACRO Version 3.0. Ujian ini digunakan untuk menilai kesan langsung dan kesan tidak langsung jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan pengaruh sosial terhadap niat tingkah laku perkongsian maklumat menggunakan media sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa jangkaan prestasi (r = .77; p .000, <0.05), jangkaan usaha (r = .75; p .001, <0.05) dan pengaruh sosial (r = .61; p .001, <0.05) adalah peramal positif dalam mempengaruhi niat tingkah laku. Korelasi antara kesediaan untuk berubah dan niat tingkah laku (r = .61; p .001, <0.05), jangkaan prestasi (r = .68;p .001, <0.05), jangkaan usaha (r = .71; .001, <0.05) dan pengaruh sosial (r = .76; p .001, <0.05) menunjukkan hubungan positif dengan kesediaan perubahan. Pengaruh sosial (r = 0.76, R2 = 0.58, p = 0.001) adalah faktor yang menyumbang secara tertinggi kepada hubungan langsung kesediaan untuk berubah sementara jangkaan prestasi adalah penyumbang tertinggi kepada niat tingkah laku (r = 0.77, R2 = 0.60, p = 0.001). Hasil analisis Regresi Pelbagai Linear dengan kaedah 'Stepwise', tanpa pengaruh pengantara mendapati niat tingkah laku = 0.72 + (0.85 x jangkaan prestasi). Manakala hasil analisis dengan kesan mediator mendapati niat tingkah laku = 0.12 + (0.85 x jangkaan prestasi) + (0.45 x jangkaan usaha). Penemuan kajian bagi kesan pengantaraan menerusi kaedah bootstrapping menunjukkan terdapat kesan signifikan JP-NTL (t=22.410, p = .000); JU-NTL (t=21.220, p = .000); PS-NTL (t=14.318, p = .000) dalam Model Kesan Langsung, JPKUB (t=16.961, p = .000), JU-KUB (t=18.346, p = .000), PS-KUB (t=21.509, p = .000), KUB-NTL (t=3.422, p = .000) bagi JP, KUB-NTL (t=3.046, p = .000) bagi JU dan KUB-NTL (t=5.318, p = .000 bagi PS dan JP-NTL (t=14.452, p = .000); JUNTL (t=13.088, p = .000) dan PS-NTL (t=5.657, p = .000) dalam Model Pengantaraan Penuh. Ini mengesahkan kewujudan kesediaan untuk berubah sebagai kesan pengantara separa. Justeru, dapatan ini menyokong hipotesis pengantara dan membuktikan bahawa kesediaan untuk berubah wujud sebagai faktor pengantara dalam kajian ini. Kajian ini mengandaikan, pekerja industri perbankan di bawah Lembaga Tabung Angkata Tentera mempunyai kesedaran tentang manfaat yang boleh diperolehi daripada perkongsian maklumat menggunakan media sosial. Pekerja terlibat didapati mempunyai kesediaan untuk menggunakan media sosial dan sudah ada niat untuk melakukan perkongsian maklumat menggunakan media sosial apabila pelaksanaannya berkuatkuasa.


Download File

[img] Text
FPP 2019 13 UPMIR.pdf

Download (768kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Social media - Research
Subject: Mass media and social integration
Subject: Intellectual capital
Call Number: FPP 2019 13
Chairman Supervisor: Profesor Madya Khairuddin Bin Idris, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 04 Apr 2022 02:33
Last Modified: 04 Apr 2022 02:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77421
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item