UPM Institutional Repository

Interaksi pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak lembam menerusi cerita teladan binatang


Citation

Abd. Nasir, Siti Noridayu and Abdul Halim, Hazlina (2019) Interaksi pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak lembam menerusi cerita teladan binatang. In: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA 2019), 1-2 Ogos 2019, Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM. (pp. 905-909).

Abstract

Kanak-kanak lembam merupakan kategori “kanak-kanak berkeperluan khas” di Malaysia. Menurut Puteri Roslina et al. (2016) kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang bermasalah dalam menguasai bahasa, pertuturan, membaca, menulis, menaakul dan mengira. Oleh yang demikian, kanak-kanak lembam di Malaysia mengalami masalah pembelajaran yang serius dan memerlukan bantuan dalam meningkatkan pemerolehan bahasa mereka. Malahan, menurut Puteri Rolina et al. (2016) lagi kanak-kanak ini terdiri daripada mereka yang lembam, mengalami masalah disleksia, kecelaruan defisit, hiperaktiviti, bermasalah emosi dan tingkah laku, terencat akal, Sindrom Down, autism, pintar cerdas dan palsi serebrum. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan kepada pemerolehan bahasa kanak-kanak lembam yang mengalami masalah. Kajian ini melibatkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di negeri Perlis. Selain itu, kajian ini mengaplikasikan Teori Behaviorisme untuk analisis data. Kemudian, buku cerita kanak-kanak tentang binatang Keldai dengan Harimau dijadikan sebagai instrumen kajian ini. adalah diharapkan kajian ini memberikan manfaat untuk panduan dan rujukan bagi kajian akan datang. Pemerolehan bahasa kanak-kanak khas begitu penting untuk membantu mereka mempelajari sesuatu bidang, terutamanya bidang akademik. Tambahan lagi, bahasa merupakan alat komunikasi terpenting manusia sama ada melalui lisan, tulisan juga bahasa isyarat.


Download File

[img] Text
Sutera-5.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (531kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Slow learners; Language acquisition; Theory of behaviorism; Keldai dengan Harimau; Communication tools
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2020 03:16
Last Modified: 06 Feb 2020 03:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76894
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item