UPM Institutional Repository

Persepsi pengguna laman web LZS terhadap pusat Lembaga Zakat Selangor dan pembayaran zakat melalui atas talian


Citation

Muda, Khadijah and Awang, Mohd Daud and Abdul Rahim @ Abdul Wahab, Husniyah and Abang Abai, Dayang Shobihah (2013) Persepsi pengguna laman web LZS terhadap pusat Lembaga Zakat Selangor dan pembayaran zakat melalui atas talian. In: Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi ke-3 2013, 2-3 Jul. 2013, EDC, Universiti Utara Malaysia. (pp. 1792-1803).

Abstract

Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan dunia semakin mengecil dan tiada batasan sempadan. Teknologi maklumat dan komunikasi yang pantas mendahului masa dapat menyebarkan dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada manusia dengan lebih cepat dan berkesan (Rashidah Mokhtar, 2006). Artikel ini akan mengupas tentang persepsi pengguna laman web LZS terhadap pembayaran zakat secara atas talian. Menggunakan kaedah persampelan bertujuan, seramai 385 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik kajian ini. Pengutipan data yang dilakukan secara atas talian ini telah diagihkan kepada “ahli” yang terdapat dalam laman facebook rasmi Lembaga Zakat Selangor serta penjawat-penjawat awam dan swasta di Selangor. Tahap persepsi responden telah diukur menggunakan instrumen Technology Acceptance Theory (TAM) yang telah dibangunkan oleh Fred D. Davis (1989) serta diolah mengikut kesesuaian kajian oleh penyelidik. Persepsi responden dipecahkan kepada bahagian kemanfaatan, kemudahan penggunaan dan kepercayaan. Hasil kajian menunjukkan persepsi pengguna laman web zakat LZS terhadap pembayaran zakat secara atas talian adalah tinggi (49.6%) diikuti tahap sederhana (48.6%) dan hanya 1.8% yang memberikan persepsi yang rendah.


Download File

[img] Text
SeminarJ3-3.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (313kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Kementerian Pendidikan Malaysia
Keywords: Website; Zakat; LZS; Online zakat payment
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2020 03:16
Last Modified: 06 Feb 2020 03:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76888
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item