UPM Institutional Repository

Peranan pendidikan moral dalam menyuburkan sifat kemanusiaan dalam kalangan komuniti digital


Citation

S De Asildo, Noor Zulina and Abdullah, Nur Surayyah Madhubala and Yasin, Maizura and Mohamed Mokhtar, Marzni (2019) Peranan pendidikan moral dalam menyuburkan sifat kemanusiaan dalam kalangan komuniti digital. In: 5th International Conference on Educational Research and Practice (ICERP) 2019, 22-23 Oct. 2019, Palm Garden Hotel, Putrajaya, Malaysia. (pp. 304-313).

Abstract

Era Revolusi Industri 4.0 telah memberi cabaran baharu dalam dunia pendidikan dengan penekanan kepada pembelajaran abad ke-21 melalui aplikasi pelbagai teknologi digital dalam pendidikan. Walaubagaimana pun, kesedaran tentang penggunaan teknologi digital secara maya dengan beretika membuka ruang kepada pengkaji untuk melihat peranan Pendidikan Moral dalam pembentukan insan berakhlak mulia (IBM), khususnya keperluan memperkembangkan sikap dan kecenderungan mempunyai sifat kemanusiaan dalam kalangan pelajar sebagai komuniti digital. Oleh itu, kertas ini akan membincangkan tentang peranan Pendidikan Moral dalam menerapkan sifat kemanusiaan menerusi pembentukan IBM dari perspektif bidang asas dalam Pendidikan Moral termasuk falsafah, psikologi, sosiologi dan pendidikan moral. Perbincangan akan menunjukkan bagaimana sifat kemanusiaan mendasari maksud sebenar IBM dan seterusnya merumuskan perkaitan maksud IBM dengan peranan Pendidikan Moral dalam konteks komuniti digital. Justeru, kertas ini akan menunjukkan peranan penting Pendidikan Moral dalam menyuburkan sifat kemanusiaan dalam kalangan komuniti digital terhadap penggunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian.


Download File

[img] Text
ICERP_2019-22.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (213kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Good person; Moral education; Humanity; Digital community; Digital technology; Industrial Revolution 4.0
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2020 01:31
Last Modified: 06 Feb 2020 01:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76817
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item