UPM Institutional Repository

Guru sebagai pemudahcara pembentukan amalan bertingkah laku moral di sekolah: sudut pengalaman pelajar


Citation

Yasin, Maizura and Abdullah, Nur Surayyah Madhubala and Roslan, Samsilah and Abdul Wahat, Nor Wahiza (2019) Guru sebagai pemudahcara pembentukan amalan bertingkah laku moral di sekolah: sudut pengalaman pelajar. In: 5th International Conference on Educational Research and Practice (ICERP) 2019, 22-23 Oct. 2019, Palm Garden Hotel, Putrajaya, Malaysia. (pp. 293-303).

Abstract

Pelaksanaan Pendidikan Nilai secara formal dan tidak formal merupakan salah satu usaha membentuk amalan bertingkah laku moral dalam kalangan pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu, kertas ini membincangkan sudut pengalaman pelajar Melayu terhadap peranan guru sebagai pemudahcara pembentukan amalan bertingkah laku moral di sekolah. Reka bentuk penyelidikan kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes satu tempat satu kes telah digunakan dalam kajian ini. Perbincangan data ini berasaskan sudut pengalaman oleh lapan orang Pelajar Melayu Tingkatan Empat di salah sebuah sekolah menengah Putrajaya yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Perisian ATLAS.ti 7 digunakan untuk menguruskan data dan analisis tematik telah digunakan untuk mengenalpasti tema yang terdapat dalam data temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen yang telah diperolehi. Dapatan memberi gambaran bahawa terdapat empat tema utama yang mendasari status guru sebagai pemudahcara dalam persekitaraan sosial kemanusiaan di sekolah yang membentuk amalan bertingkah laku moral dalam kalangan pelajar Melayu di sekolah. Dalam konteks pemudahcara ini, guru dikaitkan dengan tema iaitu guru sebagai agen moral, pemupukan nilai murni, suri teladan dan memberi nasihat dari sudut pengalaman pelajar sepanjang persekolahan mereka. Pelbagai peranan yang perlu dimainkan oleh guru di sekolah secara langsung dan tidak langsung bagi memudahcarakan pembentukan amalan bertingkah laku moral pelajar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru adalah insan yang mencorakkan ke arah pembentukan tingkah laku moral dalam kehidupan seharian pelajar. Pengaruh pemudahcara yang signifikan ini dapat menyuburkan perkembangan moral pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu, profesion perguruan adalah kerjaya yang mulia kerana mereka bukan sahaja membentuk pelajar menjadi manusia yang berilmu malahan mendidik pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab mempraktikkan tingkah laku moral sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Kesimpulan, guru merupakan pencetus yang mencorak dan membentuk pelajar menjadi modal insan yang berakhlak, beretika dan bermoral dalam kehidupan seharian.


Download File

[img] Text
ICERP_2019-21.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (136kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Teacher; Facilitate; Moral behavior; Malay student; Values education
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2020 01:31
Last Modified: 06 Feb 2020 01:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76816
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item