Citation
Wee, Goik Leng and Abdul Kadir, Suhaida and Jusoh, Rosnani
(2019)
Hubungan antara penguasaan konsep dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tingkatan empat Prinsip Perakaunan.
In: 5th International Conference on Educational Research and Practice (ICERP) 2019, 22-23 Oct. 2019, Palm Garden Hotel, Putrajaya, Malaysia. (pp. 185-192).
Abstract
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan satu elemen penting yang perlu diberikan penekanan dan dipupuk dalam kalangan murid terutamanya dalam abad ke-21 kini. Ini bertujuan agar generasi muda yang dihasilkan oleh negara adalah yang mempunyai minda kelas pertama, kompetitif dan sekali gus mampu mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Kemahiran ini juga merupakan salah satu daripada enam aspirasi murid yang difokuskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara penguasaan konsep dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid Tingkatan Empat Prinsip Perakaunan. Seramai 68 orang murid Tingkatan Empat yang mengambil elektif mata pelajaran Prinsip Perakaunan telah terlibat dalam kajian rintis ini. Responden yang terlibat telah dipilih secara rawak daripada empat buah sekolah dalam tiga daerah yang berbeza di Negeri Selangor iaitu daerah Hulu Langat, daerah Petaling Perdana dan daerah Kuala Langat. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian korelasi. Dua instrumen telah digunakan iaitu instrumen soal selidik dan ujian pencapaian. Semua data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23. Hasil analisis dapatan kajian rintis memperlihatkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara penguasaan konsep dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Ini bermakna murid yang dapat menguasai konsep akan dapat menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan baik.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |