Citation
Salleh @ Omar, Mohammad Hafiz and Abdul Kadir, Suhaida and Jamaluddin, Rahimah and Mohd Puad, Mohd Hazwan
(2019)
Faktor mempengaruhi kompetensi TPACK guru PTV di Semenanjung Malaysia.
In: 5th International Conference on Educational Research and Practice (ICERP) 2019, 22-23 Oct. 2019, Palm Garden Hotel, Putrajaya, Malaysia. (pp. 178-184).
Abstract
Tenaga pengajar yang kompeten menjadi antara fokus utama dalam transformasi TVET. Profesion keguruan menuntut guru sentiasa berusaha mempertingkat kualiti profesionalisme mereka agar dapat menjadi guru yang kompeten dan berkualiti. Disamping itu, Guru PTV haruslah bersedia mendepani ledakan teknologi dalam revolusi industri 4.0 agar mereka seiring dan sealiran dengan pembelajaran abad ke 21. Maka kerangka TPACK dilihat dapat memenuhi kompetensi yang perlu ada pada guru PTV. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat faktor yang mempengaruhi kompetensi TPACK guru PTV. Kemudian melihat hubungan peranan pementoran dan persekitaran sekolah dengan kompetesi TPACK guru PTV. Sebanyak 400 guru PTV dari dua kategori institusi beraliran TVET dibawah Kemeterian Pendidikan Malaysia dipilih sebagai sampel kajian iaitu SMK aliran MPV/PVMA dan Kolej Vokasional telah dipilih. Data dianalisis menggunakan analisis ujian-t, korelasi dan regresi linear berganda. Keputusan kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan tahap kompetensi pengetahuan teknologi diantara dua kategori sekolah ini. Peranan pementoran juga mempunyai hubungan signifikan positif dengan tahap komptensi TPACK guru PTV. Manakala persekitaran sekolah meramal perubahan tahap kompetensi TPACK guru PTV di Semenanjung Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |