Citation
Rosnon, Mohd Roslan and Redzuan, Ma'rof and Gill, Sarjit S.
(2012)
Hubungan antara latar belakang dengan penggunaan barangan dan perkhidmatan arus perdana dalam kalangan masyarakat Orang Asli Temuan di Negeri Sembilan.
In: Seminar Kebangsaan MACFEA ke 16 'Kelestarian dan Kualiti Hidup', 10-11 Jul. 2012, Palm Garden Hotel Putrajaya, Malaysia. (pp. 336-345).
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan hubungan latar belakang responden dengan penggunaan barangan serta perkhidmatan arus perdana dalam kalangan masyarakat Orang Asli Temuan. Hal ini kerana komuniti Orang Asli ini lebih terdedah kepada arus pembangunan. Seramai 325 Orang Asli di daerah Jelebu terlibat sebagai responden kajian. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian secara tinjauan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian tidak turut serta. Data kajian yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Berdasarkan analisis khi kuasa dua yang dijalankan, hasil kajian menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan barangan dengan status pekerjaan, pendapatan, tahap pendidikan dan lokasi. Selain itu, wujud juga hubungan yang signifikan antara pendapatan, tahap pendidikan dan lokasi dengan tahap penggunaan perkhidmatan. Walau bagaimanapun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara status pekerjaan dengan tahap penggunaan perkhidmatan. Secara kesimpulannya, Orang Asli kawasan kajian telah menggunakan barangan dan perkhidmatan yang juga digunakan oleh mereka yang diarus perdana, dan penggunaan ini berkait dengan beberapa aspek latar belakang mereka. Untuk mereka dapat menggunakan barangan dan perkhidmatan dengan bermakna dan berkesan, dengan demikian, pengetahuan dan pendidikan mengenai kepenggunaan wajar diberikan kepada komuniti Orang Asli agar mereka tidak menjadi mangsa penipuan dan sifat hedonisme.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |