UPM Institutional Repository

Celik undang-undang: sejauh mana kesedaran pengguna mahasiswa terhadap hak kepenggunaan dan hak membuat tuntutan


Citation

Abdul Aziz, Azimon and Amin, Naemah and Abu Bakar, Elistina (2012) Celik undang-undang: sejauh mana kesedaran pengguna mahasiswa terhadap hak kepenggunaan dan hak membuat tuntutan. In: Seminar Kebangsaan MACFEA ke 16 'Kelestarian dan Kualiti Hidup', 10-11 Jul. 2012, Palm Garden Hotel Putrajaya, Malaysia. (pp. 231-239).

Abstract

Pada dekad ini, transaksi harian pengguna telah meletakkan pengguna sebagai pihak yang memegang kuasa pasaran yang kecil berbanding dengan kuasa pasaran yang dipegang oleh peniaga. Ini mengakibatkan berlakunya ketakseimbangan kuasa perundingan dalam pasaran di mana kuasa dominan menjadi milik peniaga. Justeru, tidak hairan jika penindasan dan penyelewengan ke atas pengguna telah terus-terusan dilaporkan berlaku. Tidak dinafikan bahawa asas kepada berleluasanya penindasan ini adalah kerana kejahilan pengguna akan hak mereka di sisi undang-undang dan kecetekan ilmu kepenggunaan mereka. Mahasiswa adalah termasuk dalam kelompok pengguna yang diharapkan mempunyai kesedaran kepenggunaan yang melebihi masyarakat pengguna biasa lantaran pendidikan dan ilmu yang mereka pupuk di universiti. Kajian dalam kalangan mahasiswa ini cuba mengupas sejauh mana tahap pengetahuan pengguna mahasiswa akan hak-hak mereka di sisi undang-undang termasuklah hak untuk membuat tuntutan sekiranya hak-hak tersebut dicabuli oleh peniaga. Seramai 1000 orang responden dipilih secara persampelan rawak berlapis yang terdiri daripada mahasiswa UPM, UM, UIA, UiTM dan UKM. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa hanya 5.7% sahaja responden yang berjaya mengenalpasti dengan betul kelapan-lapan hak pengguna seperti yang diiktiraf di bawah undang-undang. Dapatan juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara gender, bidang kursus, etnik dan IPT terhadap tahap pengetahuan responden berkaitan hak pengguna. Hasil kajian ini adalah penting bagi merangka program-program kesedaran pengguna oleh pihak universiti, badan bukan kerjaan dan kerajaan bagi mendayaupayakan golongan mahasiswa untuk menjadi pengguna bijak dalam pasaran.


Download File

[img] Text
MACFEA16-10.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (193kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA)
Keywords: Law; Level of knowledge; Consumer rights; Students
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 09:05
Last Modified: 05 Feb 2020 09:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76764
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item