Citation
Subramaniam, Kanmani and Abdul Rahim @ Abdul Wahab, Husniyah and Md Jusoh, Zuroni and Abu Bakar, Elistina and Sabri, Mohamad Fazli
(2012)
Amalan pengurusan risiko kredit dan kepuasan pengurusan risiko dalam kalangan pekerja sektor awam.
In: Seminar Kebangsaan MACFEA ke 16 'Kelestarian dan Kualiti Hidup', 10-11 Jul. 2012, Palm Garden Hotel Putrajaya, Malaysia. (pp. 118-126).
Abstract
Perkembangan ekonomi yang kian pesat menyebabkan taraf hidup rakyat Malaysia telah meningkat, seiring dengannya berlaku risiko-risiko kredit yang boleh membawa kepada kemudaratan seperti kebankrapan. Jadi suatu kajian bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan terhadap pengurusan risiko kewangan adalah diperlukan pada masa kini. Seramai 505 kakitangan awam telah dipilih secara kaedah persampelan rawak berlapis. Pekerja sektor awam telah ditanyakan beberapa soalan berdasarkan borang soal selidik yang dibentuk dan data dianalisis melalui perisian SPSS. Analisis deskriptif digunakan bagi melihat taburan pemboleh ubah-pemboleh ubah. Manakala analisis inferensi seperti ujian-t, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam amalan pengurusan risiko kredit (t = -2.519, p<0.05) dan kepuasan pengurusan risiko kewangan (t = -2.276, p<0.05) mengikut penglibatan dalam kursus pendidikan kewangan. Menerusi ujian Korelasi Pearson, didapati perkaitan antara amalan pengurusan risiko kredit dengan kepuasan pengurusan risiko kewangan mempunyai kekuatan korelasi yang lemah (r = 0.154, p<0.05). Manakala melalui ujian analisis Regresi Pelbagai, diperoleh pengaruh yang signifikan oleh faktor-faktor dalam Model Kepuasan Pengurusan Risiko Kewangan [F (4,500) = 25.373, p<0.05] seperti amalan pengurusan risiko kredit, nilai diri, kesedaran dalam pengurusan risiko dan masalah kewangan individu. Kajian ini memberi manfaat kepada pengguna, pengeluar dan kerajaan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |