UPM Institutional Repository

Inovasi politik di Malaysia: keperluan atau kehendak?


Citation

Mohammad Mokhtar, Mohammad Faizal and W. Mohd Sidik, Nik Mohd Saiful and Yunus, Amir Asraf and Samsi, Abdul Hadi and Harun, Mohd Razali (2012) Inovasi politik di Malaysia: keperluan atau kehendak? In: Regional Conference on Cross Cultural Communication and National Integration 2012 (RECCNI2012), 19-21 June 2012, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 167-179).

Abstract

Landskap politik di Malaysia mengalami banyak perubahan seiring dengan kepesatan pembangunan negara dan kemajuan teknologi global. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan langsung terhadap iklim politik negara, selain mengubah pendekatan ahli politik dalam berpolitik dan melaksanakan sistem demokrasi negara. Ini menyebabkan timbulnya rasa tidak senang hati antara satu sama lain terutama golongan ahli parti politik yang berlainan corak perjuangan serta ideologi. Justeru, inovasi politik dilihat antara cara terbaik dalam merapatkan jurang yang wujud dalam landskap politik negara pada masa kini dalam usaha menjayakan hasrat Malaysia mencapai status Negara berpendapatan tinggi, selain merealisasi wawasan negara menjelang tahun 2020. Kertas ini akan melihat kepada keutamaan mewujudkan inovasi politik dalam landskap politik Negara dengan melihat sam ada ia satu bentuk kehendak atau keperluan dalam mengubah corak pemikiran, dan pendekatan ahli politik berpolitik, serta sistem demokrasi di Malaysia. Inovasi politik diketengahkan untuk mencari idea kreatif bagi memperbaiki sistem politik di Malaysia. Ini kerana corak politik di Malaysia perlukan anjakan paradigma kepada urus tadbir politik yang berdaya saing, lebih matang dan terbuka mengikut acuan sendiri. Ini supaya segala keputusan yang dibuat lebih mengutamakan rakyat. Inovasi politik membolehkan politik disesuaikan dengan perkembangan tamadun manusia pada abad ke-21.


Download File

[img] Text
RECCNI2012-4.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (207kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Penerbit Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Keywords: Political innovation; Paradigm shift; Politics
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 09:00
Last Modified: 05 Feb 2020 09:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76727
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item