Citation
Mohd Tohar, Siti Nor Azhani and Ab. Halim, Adlina
(2012)
Teori kitaran Ibnu Khaldun dan pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam masyarakat multi etnik.
In: Regional Conference on Cross Cultural Communication and National Integration 2012 (RECCNI2012), 19-21 June 2012, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 138-147).
Abstract
Ibnu Khaldun (1332-1406) dalam buku beliau, Mukadimah banyak membincangkan mengenai jatuh bangun sesebuah tamadun. Daripada perbincangan sarjana ini terbentuknya sebuah model 3 tahap perkembangan Kerajaan atau organisasi sosial yang dikenali sebagai Teori Kitaran Ibnu Khaldun. Sehubungan itu tujuan kertas kerja ini adalah untuk memperlihatkan hubungkait teori Kitaran Ibnu Khaldun yang menekankan semangat kekitaan dan pemerkasaan bahasa Kebangsaan dalam kalangan masyarakat multi etnik di Malaysia. Bahasa Kebangsaan perlu diperkasakan kerana ia merupakan antara wadah penting dalam membina perpaduan antara kaum di Malaysia. Namun dalam memperkasakan bahasa Kebangsaan di era globalisasi dan percampuran etnik ini, bukanlah suatu yang mudah dan pelbagai cabaran perlu ditempuhi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |