UPM Institutional Repository

Kekuatan dan cabaran penubuhan sekolah satu aliran


Citation

Ku Samsu, Ku Hasnita and Ab. Halim, Adlina and Lee, Yok Fee and Sulaiman, Mohd Hafiz (2012) Kekuatan dan cabaran penubuhan sekolah satu aliran. In: Regional Conference on Cross Cultural Communication and National Integration 2012 (RECCNI2012), 19-21 June 2012, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 34-46).

Abstract

Perpaduan merupakan tonggak pembinaan Negara-bangsa. Demi mencapai perpaduan yang optimum, sistem pendidikan diamanahkan sebagai agen utama perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Evolusi Dasar Pendidikan Malaysia menyaksikan Sekolah Wawasan ditubuhkan sebagai salah satu usaha ke arah perpaduan. Akhir-akhir ini, kewujudan Sekolah Wawasan dilihat sebagai bukan lagi jalan penyelesaian terbaik oleh kementerian berwajib. Oleh yang demikian, isu penubuhan Sekolah Satu Aliran mula menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan pemikir dan ahli politik sebagai alternatif. Sistem pendidikan sedia ada dicadangkan agar kembali ke arah mencapai semangat Penyata Razak 1956 dengan model Sekolah Satu Aliran. Persoalannya, sejauh manakah sistem pendidikan perlu diubah dan diolah agar integrasi tercapai? Benarkah sekolah satu aliran mampu memperbetulkan landasan perpaduan Negara? Justeru, penulisan ini merupakan suatu pengamatan awal berpandukan kepada temu bual mendalam terhadap 7 orang wakil pendidik sekitar Petaling Jaya dan Gombak, mewakili sekolah aliran kebangsaan, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Kertas kertas ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pendirian golongan pendidik terhadap penubuhan Sekolah Satu Aliran sebagai kunci perpaduan antara kaum. Rata-rata pendidik yang ditemui mempersetujui pelaksanaan sistem alternatif ini bersandarkan kepada kekuatan yang didokongnya. Walau bagaimanapun, proses pelaksanaan Sekolah Satu Aliran perlu dikaji dengan lebih mendalam agar tidak menyemai bibit-bibit perpecahan integrasi kaum. Sistem ini juga bakal mengharungi pelbagai rintangan pada peringkat awal penubuhannya.


Download File

[img] Text
RECCNI2012-1.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (204kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Penerbit Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Keywords: Single-stream school; Unity; Education
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 09:00
Last Modified: 05 Feb 2020 09:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76724
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item