UPM Institutional Repository

Etnik dan budaya: faktor-faktor yang mempengaruhi penyediaan makanan tradisional di Malaysia


Citation

Husin, Mohd Huzaini and Hassan, Siti Aishah (2019) Etnik dan budaya: faktor-faktor yang mempengaruhi penyediaan makanan tradisional di Malaysia. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2019), 13 Dec. 2019, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 303-319).

Abstract

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari pelbagai bilang kaum dan agama serta etnik dan budaya. Masyarakat majmuk yang terbina menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Salah satu daripada identiti budaya ialah makanan tradisional. Justeru itu, objektif kajian adalah untuk mengulas mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi etnik dan budaya melalui perspektif makanan tradisional di Malaysia. Ulasan kajian sistematik ini melibatkan 14 hasil kajian lepas. Data kualitatif juga diperolehi untuk mendapatkan lebih maklumat terhadap hasil kajian lepas. Keputusan ulasan kajian terhadap makanan tradisional di Malaysia mendapati terdapat 6 faktor yang mempengaruhi kaum, etnik dan budaya. Ulasan kajian juga memfokuskan kepada jenis-jenis makanan di Malaysia mengikut kaum, budaya dan etnik berdasarkan faktor-faktor yang diperolehi dari pelbagai jurnal. Faktor-faktor itu ialah faktor negeri, perayaan, usia, agama, resipi dan sosiobudaya. Ia membawa kepada perubahan dalam bentuk fizikal makanan, kualiti makanan, masa, cara penyediaan dan sistem jual-beli. Pelbagai cabaran yang perlu diberi perhatian terutamanya dalam mempromosi makanan tradisional agar tidak hilang ditelan masa. Beberapa cadangan menarik turut diberi untuk penambahbaikan dan tindakan sewajarnya. Kesimpulan ulasan kajian ini membuktikan bahawa makanan tradisional telah membentuk sebuah perpaduan kaum dan etnik seterusnya menjadikan makanan tradisional di Malaysia semakin menarik dan unik untuk diterokai.


Download File

[img] Text
GREDUC2019-30.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Malaysia; Traditional food; Culture; Race; Ethnic
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 08:58
Last Modified: 05 Feb 2020 08:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76706
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item