UPM Institutional Repository

Kepentingan budaya campur tangan keluarga sebagai sokongan perubahan tingkahlaku penagih


Citation

Anang @ Adnan, Adyani and Hassan, Siti Aishah (2019) Kepentingan budaya campur tangan keluarga sebagai sokongan perubahan tingkahlaku penagih. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2019), 13 Dec. 2019, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 184-193).

Abstract

Dadah menjadi bahan larangan apabila digunakan secara salah dan memberi impak yang negative kepada penggunanya sehingga menyebabkan ketagihan yang melampau dan sukar dipulihkan apabila terjebak.Masalah ini sudah menjadi isu Global dan Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi permasalahan ini. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji, melihat punca serta mencari solusi yang sesuai serta pendekatan yang boleh merubah tingkahlaku penagih daripada terus menjadi penagih tegar, pendek kata daripada mengulangi semula tabiat setelah pulih dari ketagihan.Penelitian dilaksanakan dengan membuat kajian terhadap kajian-kajian jurnal yang berkaitan dan dikumpulkan untuk melihat semula budaya yang berjaya membentuk penagih dadah dengan perubahan tingkahlaku meninggalkan ketagihan dadah. Data kajian jurnal yang berkaitan bagi tempoh 5 tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2015 hingga 2019 di analisis bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan bersesuaian dengan kajian.Tinjauan lebih menumpukan kepada golongan yang paling rapat dengan penagih iaitu keluarga penagih itu sendiri serta melihat fungsi keluarga itu sendiri sebagai sokongan dalam pembentukan tingkahlaku penagih untuk menghentikan tabiat ini setelah pulih bagi memastikan kepulihan sepenuhnya. Oleh yang demikian, kajian jurnal ini dillaksanakan untuk melihat sejauhmana kepentingan Budaya Campur Tangan Keluarga menyumbang kepada sokongan perubahan tingkahlaku penagih. Walaubagaimanapun budaya sokongan dari sudut pihak lain juga turut diambilkira bagi menjalankan kajian ini berdasarkan kajian-kajian yang lepas.


Download File

[img] Text
GREDUC2019-18.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (222kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Family support; Drug addict
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 04:27
Last Modified: 05 Feb 2020 04:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76690
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item