UPM Institutional Repository

Kanak-kanak dan teknologi mudah alih: penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan awal kanak-kanak


Citation

Ismail, Norashikin and Hassan, Siti Aishah (2019) Kanak-kanak dan teknologi mudah alih: penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan awal kanak-kanak. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2019), 13 Dec. 2019, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 99-108).

Abstract

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada golongan masyarakat yang tidak terlepas dalam penggunan teknologi moden pada masa kini. Penggunaan teknologi mudah alih juga tidak asing lagi bagi setiap lapisan masyarakat. Tujuan kajian literatur secara sistematik ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji faktor dan kesan penggunaan teknologi mudah alih terhadap pendidikan awal kanakkanak. Beberapa artikel bermula tahun 2015 hingga 2019 telah dikenalpasti melalui carian di pengkalan data SCOPUS yang merupakan sumber rujukan utama bagi penulis. Penulis menggunakan kata kunci seperti “early years”, “learning”, “mobile device” dan “tablets’ bagi mengenalpasti artikel yang berkaitan. Setelah mempertimbangkan kriteria kemasukan dan pengecualian, terdapat 12 jurnal yang relevan telah ditemui. Hasil analisis kajian-kajian yang lepas mendapati bahawa terdapat beberapa faktor dan kesan penggunaan teknologi mudah alih terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Penemuan ini menunjukkan faktor yang positif terhadap kanak-kanak melalui penggunaan teknologi mudah alih ini. Implikasi terhadap ibu bapa untuk memastikan penggunaan teknologi mudah alih ini agar ianya tidak mendatangkan kesan yang buru kepada ana-anak mereka.


Download File

[img] Text
GREDUC2019-8.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (268kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Early years; Learning; Mobile device; Tablets
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 04:26
Last Modified: 05 Feb 2020 04:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76665
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item