UPM Institutional Repository

Pengukuran klorofil daun padi menggunakan indeks tumbuhan spektrum dari imej multispektral


Citation

Ang, Yuhao and Che'ya, Nik Norasma and Roslin, Nor Athirah and Ismail, Mohd Razi and Berahim, Zulkarami and Md Azali, Fadzilah (2019) Pengukuran klorofil daun padi menggunakan indeks tumbuhan spektrum dari imej multispektral. In: Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan 2019, 21 Mac 2019, Wisma Tani, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Putrajaya. (pp. 299-301).

Abstract

Pertanian persis (PA) adalah satu teknik penanaman untuk meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan input bagi mengekalkan permintaan makanan di dunia. Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) atau lebih dikenali sebagai dron adalah salah satu alat yang digunakan dalam pemantauan tanaman untuk pertanian persis. Dron atau UAV adalah komponen penting dalam konsep PA untuk pengumpulan imej di lapangan. Kaedah tradisional, seperti penerokaan tanaman atau tinjauan lapangan, tidak berkesan dalam mengenal pasti status nutrien dan keadaan tanaman. Penggunaan teknologi seperti teknologi UAV dalam PA, akan membantu untuk membuat cerapan dan menilai tahap kesihatan tanaman secara cepat dan mudah. Objektif kajian ini adalah mengkaji nilai NDVI dan NDRE yang menggunakan aerial imej dan analisis imej objek (OBIA) serta mengesahkan indeks vegetatif (NDVI dan NDRE) dalam peta padi dengan menggunakan data klorofil dari SPAD meter.Keputusan menunjukkan NDVI (R2 = 0.91) dan NDRE (R2 = 0.95) yang menggunakan aerial imej dan analisis imej objek (OBIA) memberi korelasi linear positif dengan pembacaan SPAD. Hasil daripada projek ini, kami mendapati bahawa UAV berpotensi membantu pemantauan padi di lapangan.


Download File

[img] Text
MSAEC-35.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (163kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Agriculture
Faculty of Engineering
Institute of Tropical Agriculture and Food Security
Publisher: Malaysian Society of Agricultural Engineers
Keywords: Precision agriculture; Drone; Unmanned aerial vehicle; Paddy rice planting; Plant evaluation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 04:23
Last Modified: 05 Feb 2020 04:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76603
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item