UPM Institutional Repository

Padi2U: pembangunan aplikasi telefon pintar untuk pengurusan padi di KADA Kelantan


Citation

Roslin, Nor Athirah and Che'ya, Nik Norasma and Ismail, Mohd Razi and Md Azali, Fadzilah and Omar, Mohamad Husni (2019) Padi2U: pembangunan aplikasi telefon pintar untuk pengurusan padi di KADA Kelantan. In: Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan 2019, 21 Mac 2019, Wisma Tani, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Putrajaya. (pp. 295-298).

Abstract

Teknologi dalam pertanian telah menunjukkan potensi yang tinggi untuk menambahbaik dalam pengurusan pertanian. Hal ini selaras dengan tema revolusi industri 4.0 (I.R 4.0) yang sedang hangat dibentangkan di seluruh dunia, terutamanya negara kita, Malaysia. Kesedaran ini telah menarik perhatian para penyelidik untuk membangunkan teknologi kepada petani untuk memudahkan rutin harian mereka dan juga untuk mengurangkan kos pekerja dan meningkatkan pengeluaran hasil. Telefon pintar merupakan salah satu teknologi yang berguna dalam bidang pertanian kerana mudah untuk dibawa dan harganya juga berpatutan kepada pembeli. Telefon pintar membantu pengguna untuk mencari lokasi dan mengakses maklumat serta merakam gambar dan video. Justeru itu, kajian ini menyatukan kesemua fungsi ini untuk menghasilkan satu aplikasi telefon pintar yang bertujuan untuk menyalurkan maklumat tentang tanaman dan pengurusan ladang yang efektif kepada petani. Padi2U ialah aplikasi telefon mudah alih yang dibangunkan untuk membantu petani di KADA (Kelantan) bagi menguruskan sawah padi mereka. Aplikasi ini dibina menggunakan Master App Builder yang merupakan laman sesawang untuk menghasilkan aplikasi. Aplikasi ini mengandungi maklumat seperti variati PadiU Putra, maklumat lokasi kajian, rawatan yang digunakan di sawah padi, maklumat cuaca, pengurusan perosak dan penyakit, penggunaan baja dan imej multispektral dari awal penanaman sehingga penuaian hasil padi. Semua maklumat ini akan diterangkan dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami oleh pengguna. Hasil akhir projek ini ialah pembangunan aplikasi telefon pintar yang berguna untuk pemantauan tanaman dan memperbaiki pengurusan yang sedia ada. Cara ini boleh diaplikasikan untuk tanaman yang lain juga seperti kelapa sawit dan getah. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Playstore secara percuma pada masa hadapan.


Download File

[img] Text
MSAEC-34.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (137kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Agriculture
Institute of Tropical Agriculture and Food Security
Publisher: Malaysian Society of Agricultural Engineers
Keywords: Technology in agriculture; Mobile apps; Paddy; Smart phone
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 04:23
Last Modified: 05 Feb 2020 04:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76594
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item