Citation
Che'ya, Nik Norasma and Zainal Abidin, Faten Nur' Syahira and Rosle, Rhushalshafira
(2019)
Merekabentuk konseptual laman sesawang berasaskan GIS bagi kawalan serangga perosak dan serangan penyakit untuk tanaman padi.
In: Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan 2019, 21 Mac 2019, Wisma Tani, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Putrajaya. (pp. 290-294).
Abstract
Beras merupakan makanan ruji rakyat Malaysia dan tahap penghasilan kendiri (SSL) adalah sebanyak 71.5%. Kerajaan Malaysia telah menetapkan untuk menaikkan tahap SSL kepada 100% menjelang tahun 2020. Penghasilan beras dapat ditingkatkan melalui sistem pengurusan dan teknik penanaman yang baik. Oleh itu, maklumat mengenai serangan perosak dan gejala serangan penyakit amatlah penting kepada golongan petani bagi mengelak sebarang serangan sepanjang tempoh penanaman. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mencari dan mengkaji laman sesawang sedia ada yang menyediakan maklumat mengenai masalah ini dan merekabentuk konseptual laman sesawang berasaskan GIS bagi kawalan serangga perosak dan serangan penyakit untuk tanaman padi. Aplikasi ini akan membantu golongan petani untuk mencari solusi dan sekaligus membantu menguruskan penanaman padi dengan lebih baik. Aktiviti kajian ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama melibatkan aktiviti mengkaji laman sesawang sedia ada dan fasa kedua adalah merekabentuk sistem maklumat yang mempunyai informasi mengenai serangga perosak dan jenis penyakit berdasarkan kepada kajian literatur. Dapatan daripada kajian ini adalah rekabentuk konseptual yang komprehensif bagi aplikasi atas talian dan boleh dijadikan garis panduan oleh pihak kerajaan pada masa akan datang. Kajian ini merupakan titik permulaan untuk melaksanakan Internet of Thing (IoT) dalam bidang pertanian. Sistem ini akan membantu golongan petani untuk mendapatkan maklumat mengenai cara mengawal serangga perosak dan serangan penyakit di sawah. Seterusnya produktiviti penghasilan beras dapat ditingkatkan dan konsep laman sesawang ini boleh digunakan untuk tanaman lain seperti kelapa sawit, getah, nenas dan jagung.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |