Citation
Awang Liman, Awang Mohamad Haffis and Magiman, Mohamad Maulana
(2019)
Cabaran-cabaran di dalam mensosialisasikan ruqyah syar'iyyah di Bintulu.
In: International Conference on Social Sciences and Humanities 2019 (ICOSSH2019), 8-9 Oct. 2019, Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Sarawak, Malaysia. (pp. 243-253).
Abstract
Ruqyah Syar’iyyah adalah sejenis kaedah perubatan Islam yang menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa ma’thur daripada hadis-hadis Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa salam. Makalah mengenai cabaran-cabaran di dalam mensosialisasikan ruqyah syar’iyyah di Bintulu sukar diperolehi kerana belum ada pihak yang mengkaji secara serius tentang perkara tersebut. Makalah ini akan membincangkan cabaran-cabaran di dalam mensosialisasikan ruqyah syar’iyyah di Bintulu agar hasil dapatan kajian dapat dijadikan sebagai tolak ukur bagi masyarakat terutamanya kaum muslimin dalam memaknai perubatan ruqyah yang benar-benar Syar’i sesuai dengan landasan dan prinsip Islam yang mengutamakan panduan daripada Al-Quran dan As-Sunah. Terdapat tiga fokus utama makalah ini iaitu untuk menjelaskan makna perubatan ruqyah; amalan-amalan yang salah di dalam perubatan ruqyah; dan menganalisis cabaran-cabaran di dalam mensosialisasikan ruqyah syar’iyyah. Bagi mencapai fokus tersebut terdapat beberapa siri kerja lapangan akan dikendalikan di lokasi kajian. Kaedah kajian seperti temu bual secara individu atau berkumpulan, pemerhatian secara langsung, fotografi dan rakaman video digunakan dalam kerja lapangan. Hasilnya, penyelidikan ini dijangka akan mengenal pasti, mengklarifikasikan dan menganalisis cabaran-cabaran di dalam mengsosialisasikan ruqyah syar’iyyah di Bintulu. Kesimpulannya, teori-teori dan interpretasi baharu terhadap cabaran-cabaran di dalam mensosialisasikan ruqyah syar’iyyah akan ditemui melalui analisis yang bakal dilakukan dalam penyelidikan ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |