Citation
Mohd Yusoff, Ahmad Nasir
(2019)
Aplikasi mobil 'ARTitas' dan 'I_DAN' interaktif membina sinergi inovasi dan pemikiran kreatif pengajaran kursus mata pelajaran umum-TITAS.
In: International Conference on Social Sciences and Humanities 2019 (ICOSSH2019), 8-9 Oct. 2019, Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Sarawak, Malaysia. (p. 439).
Abstract
Kursus Wajib Universiti atau Kursus Mata Pelajaran Umum adalah kursus yang wajib diambil oleh semua pelajar IPT. Kursus ini telah menjadi salah satu kursus yang paling penting untuk semua pelajar MPU di Malaysia disebabkan kandungan kurikulumnya yang mengutamakan pembinaan peradaban, saling menghormati dan pemerolehan nilai-nilai murni daripada tamadun Islam, Melayu, India dan Cina.Komponen asas yang menjadi keutamaan dalam kursus ini adalah untuk memberi input kefahaman, praktikal dan penilaian adil dalam membina peradaban tinggi dalam kalangan pelajar berbagai budaya dan peradaban. Kursus ini juga melibatkan bilangan pelajar yang agak ramai mencecah 80-100 orang untuk satu-satu kumpulan dan perlukan penilaian yang saksama, aktiviti yang menjana suasana pembelajaran aktif, keseronokan, penglibatan semua pelajar, dan praktis. Justeru, kekurangan dalam program komputer interaktif yang direka khas untuk belajar kursus wajib universiti telah menimbulkan sikap tidak peduli, bosan, kurang bermaya, komunikasi sehala dan hilang fokus dalam bilik kuliah atau menganggap kursus ini sebagai subjek yang boleh dipelajari sendiri. Kesannya graduan yang mempelajari kursus MPU ini tidak bersifat kemenjadian insaniah. Senario yang sedia ada ini menggambarkan perlunya keutamaan dan pergantungan pada program interaktif dan medium dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif membolehkan pensyarah dan pelajaar untuk mendapat akses kepada pengajaran dan pembelajaran kursus MPU melalui peranti mudah alih dan antara muka mudah alih (Android, iPhone, Windows Mobile) dengan laman web portfolio elektronik Kursus MPU yang ditetapkan. Aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif berupaya mengekalkan tumpuan pelajar belajar, terpaku pada skrin dan terpesona oleh keindahan grafik, widget kuiz, aktiviti dan forum interaktif. Dengan satu klik pada butang, aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif memaparkan platform untuk memulakan interaksi antara pensyarah dan pelajar secara interaktif, visual, komunikasi dua hala, perbincangan aktif dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan untuk menyampaikan maklumat seperti mengguna suara yang dirakamkan dari seorang pelajar kursus MPU dalam kuliah atau luar kuliah. Terbina dalam Aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif ini adalah platform yang direka untuk meningkatkan prestasi maklumat dan prestasi pengguna secara serentak. Aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif bersifat komprehensif memudahkan pembelajaran individu dan kumpulan, dan pembelajaran lebih cepat. Aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif sesuai sebagai alat pendamping kuliah untuk semua pensyarah yang mengajar kursus-kursus MPU dan pelajar yang mengambil kursus MPU ini.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Conference or Workshop Item
(Paper)
|
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Publisher: |
Faculty of Agriculture and Food Sciences, Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus |
Keywords: |
ARTitas; I_DAN; Interactive; Synergy; Innovation; Creative thinking; TITAS |
Depositing User: |
Nabilah Mustapa
|
Date Deposited: |
04 Feb 2020 08:42 |
Last Modified: |
04 Feb 2020 08:42 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76489 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |