UPM Institutional Repository

Persepsi halangan terhadap amalan pemakanan sihat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah di Malaysia


Citation

Sharkawi, Ismawati and Alwie, Aryaty and Latip, Malisah (2019) Persepsi halangan terhadap amalan pemakanan sihat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah di Malaysia. In: International Conference on Social Sciences and Humanities 2019 (ICOSSH2019), 8-9 Oct. 2019, Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Sarawak, Malaysia. (pp. 409-418).

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang menjadi penghalang kepada amalan pemakanan sihat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Data diperolehi daripada 352 orang dewasa menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor utama yang menghalang responden daripada mengamalkan pemakanan secara sihat adalah penyediaan makanan, pengaruh pilihan dan kekangan masa. Bagi faktor penyediaan makanan, kemahiran memasak serta kemudahan penyimpanan yang terhad merupakan halangan utama untuk mengamalkan pemakanan secara sihat. Pilihan makanan yang terhad apabila makan di luar rumah dan kurang pilihan makanan sihat di kedai atau restoren merupakan dua penghalang utama ke arah pemakanan sihat dalam faktor pengaruh pilihan. Bagi faktor kekangan masa, waktu kerja yang tidak menentu serta gaya hidup yang sibuk menjadi penghalang dalam amalan pemakanan sihat. Justeru itu, selain perubahan sikap yang positif ke arah pemakanan secara sihat di peringkat individu, pihak-pihak yang berkaitan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia serta industri makanan perlu memainkan peranan yang aktif dalam menyebarkan mesej pentingnya pemakanan secara sihat dan menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat apabila makan di luar rumah untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.


Download File

[img] Text
ICOSSH2019-17.pdf

Download (425kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Social Sciences and Management
Publisher: Faculty of Agriculture and Food Sciences, Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus
Keywords: Perceived barriers; Healthy eating; Low income group
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Feb 2020 08:42
Last Modified: 04 Feb 2020 08:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76486
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item