Citation
Jusoh, Zuraini and Mohd Kiram, Norazlina and Said, Rozita @ Radhiah
(2019)
Pengetahuan pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu terhadap kerjaya dalam bidang bahasa Melayu.
In: International Conference on Social Sciences and Humanities 2019 (ICOSSH2019), 8-9 Oct. 2019, Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Sarawak, Malaysia. (pp. 342-349).
Abstract
Kajian tinjauan ini telah dijalankan terhadap 63 orang pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Seramai 11 (17.5%) pelajar lelaki dan 52 (82.5%) pelajar perempuan telah menjadi responden kajian. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar terhadap kerjaya dalam bidang bahasa Melayu. Oleh itu, satu set soal selidik yang mengandungi soalan terbuka telah diedarkan kepada responden yang sedang mengikuti program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Pelajar yang dipilih sebagai responden kajian merupakan pelajar semester lima. Hal ini kerana dengan anggapan pelajar ini sudah mengetahui hala tuju kerjaya yang akan diceburi mereka setelah berada dalam tahun ketiga pengajian mereka di universiti. Pelajar diberi ruang untuk menulis lebih daripada satu kerjaya dalam bidang pengajian yang sedang mereka ikuti. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pelajar dapat menyenaraikan antara satu hingga empat pilihan kerjaya yang diketahui mereka dan sekurang-kurangnya 14 kerjaya telah disenaraikan. Lebih separuh daripada pelajar, 35 (55.5%) mengatakan bahawa mereka berhasrat untuk menjadi guru dan pensyarah. Walau bagaimanapun, ada di kalangan responden yang kurang pasti, masih tercari-cari dan tidak mengetahui kerjaya yang bersesuaian dengan bidang pengajian mereka. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mengatakan bahawa mereka tidak memilih pekerjaan dan menerima apa sahaja peluang pekerjaan yang diberikan selepas menamatkan pengajian kelak.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |